Impian Saya Untuk Anak-anak

20161012_113109

Assalamualaikum.. salam jumaat. (sopannya mak siapalah ni)

hari ni saya nak berkongsi impian saya untuk masa depan anak2 saya. ya impian seorang ibu yang serba kekurangan. serba serbi kurang. kurang ilmu.. kurang sabar.. kurang lembut.. kurang solehah.. dalam kekurangan ni impian saya tinggi. jangan gelakkan ya.

impian saya, saya nak tengok anak2 saya menjadi seorang huffaz. ya huffaz yang menghafaz 30 juzuk Al-Quran. saya berniat nak menghantar anak2 saya ke Maahad Tahfiz dengan izin Allah. kalau tak mampu hantar semua cukuplah seorang. lepas tu saya mengimpikan anak2 ni menyambung pelajaran ke luar negara memperkasakan ilmu agama dan balik semula ke Malaysia berkhidmat untuk masyarakat. tinggikan impian saya. dalam masa yang sama, saya dan suami juga harus menambah ilmu, menaik taraf iman. nak anak berjaya dunia akhirat mak ayah pun kena usaha ke arah itu biar seimbang sama menuju syurga.

nak menjayakan impian ni, saya dan suami harus gigih berusaha untuk tabung pendidikan anak2. setakat ni kami hanya menyimpan di tabung haji. impian saya juga anak2 dapat menunaikan fardhu haji diusia muda boleh pimpin tangan ummi dan babah yang masa tu mungkin dah semakin berusia (walaupun berjiwa muda,, ehhh). selain tu simpanan pendidikan mereka di SSPN. persediaan ni semua penting bagi mengelakkan anak2 berhutang dengan P*P*N macam ummi dia, (bilalah hutang P*P*N ummi nak settle nak oii). niat saya nak bebas hutang.

so setakat 3 perenggan ni je yang mampu saya luahkan ecehhh. banyak impian. tapi bagi saya capai satu persatu. doakan urusan saya, suami dan anak2 dipermudahkan. semoga impian saya tak berkubur di tengah jalan.

p/s gambar atas tu gambar masa percutian kami di Bandung, ummi dia lambat sangat nak mengarang entry Travelog Bandung.. jadi belanja la sekeping gambar anak2.. nak ke bandung pun ummi babah simpan duit kat tabung ayam, apa lagi nak hantar anak ke luar negara.. haruslah menabung tabung gajah dari sekarang.. Winking smile

xoxo,
ummi ilhams si pendosa.

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing
#9Gemilang

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

12 Comments

  1. Mar Mansor

    moga impian tercapai..
    bab P*P*N tu sama la..bila lah nak bebas

    • Hernee Nazir

      aamiin tq mar.. tu lah..tinggal yang dip jek ni terkais2 tiap2 bulan nak settlekan..hehehe

  2. Kisah si Dairy

    impian kita sebagai ibu bapa haruslah nak memberikan yang terbaik untuk mereka..walau tak semua,sorang jadilah,,moga yang sorang tu pun akan memberikan yang terbaik untuk adik beradiknya jugak…

  3. Amin Hakim

    semoga tercapai apa yang dihajati tu.. Amin

  4. Hasrul Hassan

    Nasihat saya, dari awal pembesaran dia kena jaga bab pemakanan dia.
    – jangan makan kepala ikan
    – tak leh minum air yang ada semut
    – makanan yang dimasak sendiri, jangan makan atau elak KFC, Mc D dan seumpamanya.
    – banyakkan manisan dripada buah-buahan macam kismis
    – suruh mereka kenal huruf jawi sebelum huruf rumi
    – jangan tinggal solat

    Ini petua.

    • Hernee Nazir

      Allahu akbar.. thanks tuan atas petua dan nasihatnya..insha Allah akan diguna pakai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *