Ronda2 Kaison AEON Tebrau City | kejadian sabtu 15/10. lama perapkan, nasib baik tak jadi jeruk. Kaison baru beberapa hari opening masa ni. ummi ilhams nak juga la merasa kehangantannya ecewahhhhhh, kebetulan babah nak ke kempas, ummi nak ke shaklee.. ehhhh melajak la kita ke Kaison, AEON Tebrau CIty.
huru hara kejap masa ni orang ramai, terlupa pulak baca Kaison level berapa. whatsapp mommy ngah tak baca pulak. sudahnya terjah jek lah sampai jumpa.
masuk2 je manusia ya ampun ramai hoi.
tengok laundry basket mata dah blink2. aduhai mana satu nak pilih ni.
wallpaper chevron tu dah boleh beli dah. sebab wallpaper SOHO ummi babah, tak cukup wallpaper ni hahaha.
babah dah belek2 frame dah. dari gaya dia kata murah ada harapan la tak kena bebel kalau terrrrrrrbeli frame ngeh3.
geram tengok kalau boleh nak beli semua. selama ni guna khidmat personal shooper kat KL nun. sekarang dah boleh beli sendiri yeay! ni first outlet kat JB tau. that’s why orang JB serbu ramai2. masing2 kemaruk Kaison hahaha. tunggulah 2nd outlet muncul kat Paradigm Mall, Skudai, lagi dekat ummi ilhams nak terjah. silap hari bulan setiap jumaat melawat Kaison kehkehkeh.
hajat di hati nak beli bantal chevron. tapi apakan daya, licin di kerjakan dek orang2 JB. ini je yang tinggal huwaaaa.
dengan hati yang pasrah ummi ronda lah ke kawasan lain.
sambil2 tu suruh babah beratur siap2 dengan barang2 yang dah disambar. sebab apa? queue panjang gila. siap menyelit2 dekat rak barang2. adoiimak.
ronda2 sambil snap2. hajat hati nak share dengan kawan2 fb.
frame2 quotes yang best2. adoii gatal tangan nak cekut.
sambar bunga 2 pasu.
baru gerak sikit je babah tu ha. abang ilham tu tengah ngendeng nak beli mainan. hmmmm.
ummi ronda2 ditemani budak cenonit di belakang. syok back carry adik.
dia nak wall sticker tu. ummi layankan aje lah.
nasib baik cik abe asih boleh senyum tau. kalau tak memang kena beratur sendiri la jawabnya.
ilham ambil key chain ni. dia kata “ummi.. ni macam uncle azam” kahkahkah. suka hati awak je la kan. lepas dapat yang dihajati, kami pun baliklah. nak makan dah lapar gila.
ni ha budak yang nak belajar bayar parking fee. sampai rumah kita kumbah hasil sambaran ummi di Kaison.
bingkai professor untuk adik syamil. comel tak? hehehe.
bingkai blue lady bird untuk abang ilham. dia yang pilih sendiri hokkay.
nahhhhh.. my future professor hehehe.
inilah hasil2 yang ummi dapat. hasillah sangatkan. semua dah selamat di gunakan. frame babah dah gantung. laundry basket dah sumbat baju kotor. nanti nak cari corak lain pulak. tapi black and white tetap di hati.
oklah, yang belum terjah Kaison, AEON Tebrau City.. pergilah.. cuci mata dan poket uolls hehehe. tapi make sure ya.. mood cik abe tengah tip top macam cik abe saya.. beratur panjang tapi masih boleh senyum (ke dia buat2 senyum??? hmmm). apa pun thanks babah sudi layan kerenah ummi. jomlah kita mendeko dengan harga mampu milik di Kaison.
I KAISON eceewaahhhh.