aktiviti biasa di hujung minggu, mencari ikan2 segar dari laut untuk santapan tengahari.
lepas breakfast di warung poyot, kami terus ke kg. baru pendas cari ikan.
kat sini memang salah satu kawasan tarikan orang2 luar untuk mencari makanan laut yang segar2.
banyak penjual2/ nelayan2 yang berniaga depan rumah mereka.
biasanya saya terjah je mana2 yang ada seafood yang menarik hati.
kali ni saya terjah di lorong pertama. lupa nama lorong.
banyak gila ikan segar2. ikan best2 pulak tu.
kami beli ikan sembilang dan udang. hajatnya nak masak asam pedas ikan sembilang. nyum3.
mommy ngah ada jadi inilah masanya nak membuli mommy ngah.
padahal mama cu pun bagi asam pedas ikan sembilang juga, saja buat2 tambahan.
udang tu masaka dengan batang bawang putih. sedap!
sotong, udang semua adaaaaaa.
haaaa belangkas pun hadooo. ni ada sorang chinese yang beli.
saya tak pernah pun makan belangkas. tak tahu pun cara nak masak belangkas ni.
sebab kalau tak pandai masak dan ambil bahagian yang betul boleh mabuk katanya.
orang2 tua la yang kata hehehe.
next, kami pun bergegas ke taman nusantara nak ambil barang shaklee.
lepas tu bergegas lagi balik ke rumah nak masak hoii dah tengahari.
ahad memang banyak betul aktiviti dari pagi bawa ke petang.
lepas lunch sambung lagi berjalan
uolls, kalau teringin nak cari makanan2 laut yang segar bugar, bolehlah jalan2 ke kg. pendas baru.
penghujung mukim tanjung kupang, dalam kawasan kampung ladang.
banyak pilihan harga pun berpatutan.