hari yang dinanti dah tiba hehehe. marilah kita berpotluck raya di office.
masing2 dah dapat menu masing2 supaya tak tersama la kan.
yang mak2 haruslah diberikan menu berat2 sikit.
yang bujang2 kita bagi la menu yang ringan2 jek baru adil hehe.
sempat jek berwefie kat parking lot kan. hmmm..
sampai office meh kita merewang susun makanan.
sebelum tu kita berposinglah dulu.
ok jom skodeng apa menu2 yang kami bawa.
rendang daging gelang patah air tangan ummi ilham.
sambal paru by kak raja.
kuah kacang by kak raja.
serunding daging kak leen
sambal goreng skyloft by kak leen.
ayam masak merah parit usop by kak intan.
burasak suhana bawa. kalaulah ada asam rebus ikan parang.
fuhhhhh memang mantop. makanan tradisi orang bugis.
lemang nazam beli sponsored by capt. akashah dan separuh lagi en. razak.
kuah lodeh hai mak lodeh.. lodeh anak pak adnan by husna.
nasi impit kelate by wan zul.
pie tee by kak su wife capt. haji shaharudin.
versi simbah sos.
talam ubi sponsored by capt. nazer. saya tukang order dengan kak linda.
one more, talam keladi sponsored by capt. nazer.
fruit punch by nazam. sedap!
buah tembikai by yap. yap kata dia tanam belakang rumah.
baguskan yap ni. ikut saranan pak menteri yang sekampung dengan dia tu.
alahhhh orang benut tu.. opssssssss hehehe.
kuih raya sorang sikit bawa.
oleh kerana kuih raya kat rumah kami tak banyak.
maka ini jek lah yang saya bawa hahahaha.
husna kena dera potong buah tembikai. yang sebelah tu sibuk jek nak test. huh.
sementara menunggu jam 11am,
saya volunteer mengupas buah jambu batu benut 3 yang yap tanam. (tanamlah sangat!)
tak pasti kenapa muka tu poyo sangat hahahaha.
berkeroncong perut tunggu pukul 11am. bau makanan menusuk ke setiap penjuru lubang hidung. haha.
ok semua dah mula turun dan memenuhi meja. hehehe.
menunggu capt. haji baca doa sebelum menyerbu makanan.
sibuk snap sana sini, saya juga yang tak makan kang.
wefie ramai2. gambar dari kamera capt.akashah.
ini pinggan ummi ilham untuk first round dan mungkin akan berround2 lagi. hehehe. semua saya test.
burppp.. alhamdulillah kenyang perut suka hati.
ehhhh lepas makan bukan ke boss kata boleh balik kan tadi?
kata hari raya hehehe. suka ko jek kan hernee.
oh sebelum terlupa pinggan dan cawan polisterin di sponsor oleh eng. satu nama lagi x sebut. faiz.. bawa kuih raya je yang surprise katanya.
ini gambar curi. tengah syok2 makan sekali mommy ngah call pulak. hehehe.
sangat kenyang hari ini. alhamdulillah rezeki.
next year kita berpotluck lagi ye.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
disebalik tabir rendang daging ummi ilham.
ini je yang termampu.
rendang daging resepi arwah mak turun temurun ke anak.
sebenarnya dulu saya tak berapa suka sangat rendang.
tak tahulah kenapa. bila mak dah tak ada kena lah ceduk balik resepi dia kan.
kang tak reti buat rendang terus lagi malu kot mak mertua suruh buat rendang hahaha.
balik kerja, lepak2 layan syamil lepas tu terus masak untuk dinner.
dah siap, terus pulak mengerjakan daging.
3 kg daging batang pinang yang babah beli kat kipmart.
nasib baiklah syamil bagi kerjasama baringkan kat tilam sambil main dengan abang.
pukul 9pm menjerang atas dapur sampai la dekat pukul 12am juga kot.
siaplah rendang daging ummi ilham ni.
harap2 memuaskan hati kawan2 lah ye.
mintak halal apa terkurang ke terlebih.
dapat juga babah ilham bawa bekal pergi kerja.
esok dan lusa banyak program2 makan free.
bersedialah mengosongkan perut ye.
nampak gayanya ummi dan anak2 jek lah yang pergi sebab babah kerja.
no problemo. berdezup kami sampai hehehe.
ok bai!
😉