kami berbuka puasa di sini jumaat lepas. (kami = ummi, ilham & syamil) babah tak dapat join sebab kerja day shift. jadi ummi dibantu dan ditemani oleh 2 orang dayang, mama cu dan ola 🙂 bali kerja pukul 5pm bergegas balik ke rumah, siap2 baru ambil anak2. kami sampai ngam2 waktu berbuka. maka terlepaslah program2 tazkirah ramadhan dan penyampaian sumbangan kepada badan2 kebajikan terpilih.
lokasi majlis di Restoran Asam Pedas & BBQ, Taman Universiti berhadapan dengan pejabat Al-Ikhsan. lokasi memang nice! santai2 gitu.
jom tengok sekeliling restoran 🙂
ini pondok kami. ada 3 family. family saya, family dr. hairin dan family fiza. yeay! suka.. dapat jumpa kakak zara.
sampai2 syamil nyenyak tidur.
ini menu kami, asam pedas ikan merah, sotong goreng tepung, kailan goreng tak ingat ada ikan masin ke tak, ikan sweet sour, ayam goreng, apa lagi hujung sana tak ingat pulak :p
memang meriah atas meja. asam pedas memang tip top. rasa nak datang lagi lah nanti pekena asam pedas. dah namanya restoran asam pedas mestilah asam pedas kena power ye tak.
dayang2 saya menjamu selera. hehehe.
mommy fiza pun tengah menjamu selera tapi kena paksa bergambar hehehe.
goodies bag yang comel. tapi sedih saya tak dapat sebab sampai lambat katanya 🙁
anak2 sedang menunggu keputusan pertandingan mewarna. ilham tak sempat join ummi sampai lambat.
ini pula sesi memberi air vitagen kepada budak2 mahu pun mak bapak budak hehe.
ummi ilham duk merayau mencari sahabat2 nak bergambar sama2 🙂
kak jeni.. pengarah projek. syabbas bete! well done!
cik jah (pengasas kad imbas khadijah dan geng suka mengaji) dan syikin.
nurul UTM, kak syikin n shira.
tambah diri sendiri dan kak noorul dan aisyah.
imah dan anak2, ila dan dina, ummi dan syamil. terboria tudung aidijuma dengan imah pulak hehehe.
nad, kak jeni, wawa, kak tie, ummi dan ilham.
ummi ilham, dr. hairin, yus, effa dan fiza.
dengan mama effa.
dengan mama yus dan abang hayyan. hayyan macam tak puas hati je dengan syamil kan hehe.
dengan kak haya pulak.
dengan kak leen. semua orang saya cari. tak pastilah ada tak yang tercicir.
syamil bermanja2 dengan mommy fiza. muaz tak ikut tak dapat jumpa budak kuat tu.
anak dara ummi ni pandai bergaya.
kakak zara asyik panggil syamil muaz..hehe ingat kat adik dia la tu. syamil pun adik kakak zara juga tau.
abang ilham kali ni peramah tamah pulak dengan kawan2. kalau tak berkepit je dengan ummi.
ola tukang pegang syamil aka my bibik hahaha.
ni budak kepoh ni. zara ajak dia bergambar dia tak nak. saya malu kata dia. adik zara tu adik awak lah abang ilham oiii. buat apa nak malu.
adik syamil steady jek sepanjang majlis. tak meragam. good boy!
last but not least kakak zara posing ‘peace’. kan main lagi dia. sejak dah jadi kakak dia dah tak sombong lah dengan ummi hehehe.
keseluruhan program memang meriah. meriah dengan suara mak2 anak2. tahniah untuk AJK MIA 2015. sila tepuk bahu sendiri ye. next program, sambutan hari raya. tak sabar pulak rasanya hehehe.
apa pun restoran asam pedas & bbq best.. recommended! macam nak ajak tok ayah buka kat sini lah. hehehe.