Set Tilam Kekabu & Bakul Baby Dah Sampai.. Yeay!

eh tetiba excited benor dah kenapa. hehe.
saja jek mengorder set tilam kekabu dan set bakul untuk adik baby.

masa ilham dulu beli set tilam dan bantal kat jusco jek. tilam ok lagi, boleh pakai lagi untuk bawa ke rumah opah nanti. cuma bantalnya cepat sangat benyek. dah buang dah pun. jadi untuk adik baby ni, ummi carilah set yang baru ye. harap2 boleh tahan lama.

20141223_192200
besar gabak ni haa parcelnya all the way from kelantan. harga RM250 FREE postage.

taraaaaaaaaaaaaa.

abang ilham boleh tahan excited tengok, bila ummi cakap ni adik baby punya.

 

20141223_192753

 

set tilam kekabu

 

20141223_192803

20141223_192829

20141223_192846

 

set bakul. ada 3 buah bakul. yang besar bakul baju siap ada tayar. yang bertangkai tu untuk termos2 kot. insyaAllah adik baby akan ikut jejak langkah abang ilham “pelanggan tegar susu ummi” hehehe. so bakul tu akan di adjust kegunaannya untuk letak diapers ke apa la kan. satu lagi bakul aksesori untuk letak, bedak, minyak2 baby etc.

sekali ummi toleh kelain, abang ilham buat percubaan nak masuk dalam bakul baju. cissss budak bertuah ni tau. nasib baik awak tu ringan jek. kot termasuk pun taklah kopak bakul tu.hehehe.

kat mana saya beli?

Slide1

Perniagaan Yuk. boleh refer blognya untuk cuci mata dan poket.semuanya handmade.

alhamdulillah lega hati. boleh dikatakan 95% dah settled persiapan untuk menerima orang baru. lepas ni kena check semula senarai semak persiapan ummi dan adik baby. nanti saya share untuk panduan bersama ye.

mood: excited macam baru nak dapat anak first!

Nyah-Nyah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!