Family’s Wedding | Majlis Bertandang Ke Rumah Iwan – 20 Disember 2014

aktiviti keluarga kami weekend yang lepas, majlis bertandang sebelah lelaki. hehehe. majlisnya lewat sikit dari majlis keluarga kami. tak apalah kan. lagi pun family iwan buat simple2 je.

malam sabtu kami dah ke parit raja, tapi family kecil saya tidur kat rumah kak andak, kakak babah ilham. malam esoknya baru tidur rumah mommy ngah. papa cu dan mama cu je yang tidur rumah mommy ngah. ayah datang pagi sabtu.

tengahari kami berkumpul ramai2 nak meraikan pengantin. mak mertua kesayangan saya pun join sekali. lepas rindu ilham kat “atok tipas” hehehe. suka hati dia jek panggil atok tipah jadi tipas hehehe. jangan marah ye atok.

20141220_134626

 

20141220_134647

ni dia perantin lama. hehehe. kali ni tak ambil mak andam pun, mama cu jek yang solekkan. alhamdulillah ada adik yang dikurniakan bakat mengandam. bolehlah conteng2 muka kakak sendiri kan. hehehe.

20141220_135202

alhamdulillah cuaca terang benderang. cuma memang macam ada ciri2 nak hujan. tapi sampai habis majlis tak hujan. segalanya dipermudahkan.

 

20141220_135448

uncle iwan tengah bersilat pengantin.

 

20141220_135310

sambil diserikan dengan bunyi kompang.

 

20141220_135317

kelab kompang anak beranak ni. “Kelab Kompang Kulaan” cucu Haji Hassan dari Parit Sempadan Laut. comel2 je pemain kompangnya. macam syok jek tengok. teringat zaman2 main kompang masa form 4 and 5 dulu. bila ada jemputan jek, saya and the gang join kompangkorang ingat tak kak tam.. mamie? hehehe. syok kan. malam berlatih silat pulak hehe.

settled majlis, kami lepak kat rumah mommy ngah. babah bawa pengantin pergi outdoor kat Kg. Parit Sagil, Ayer Hitam. pengantin nak posing tepi sawah padi. kalau badan ni ringan nak bergerak sure dah follow. tapi memikirkan dah macam muatan berat ni, baik duduk rumah. kang orang pelik pulak nampak ada “penguin” terkedek2 tepi sawah. ekekeke. berehat kat rumah lagi bestkan, standby nak tengok bola malam hehehe.

ok siap cerita majlis umah daddy ngah. sambung cerita makan2 esok. thanks a lot pada family yang meluangkan masa meraikan pengantin.

babai!

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *