haaaa.. sekali terus gabung 3 kali check up daaa.
setakat minggu ke 26 alhamdulillah adik baby sihat.
jom tengok report card ummi ilham hehehe.
Check up 24 Aug 2014
Hb – 12
Berat badan – 55 kg (naik 3 kg
Tekanan darah – 100/60
Check up 21 Sep 2014
Hb – 11
Berat badan – 58.5 kg (naik lagi 3 kg
Tekanan darah – 120/80
Check up 19 Oct 2014
Hb – 11.2
Berat badan – 61.5 kg (naik 3.5 kg makcik oiiiiiiiiii )
Tekanan darah – 100/70
haaaaaaaaaaa.. nampak kat situ.
semakin naik. semakin jadi muatan berat dah ni.
aiyokkk seram pulak. nurse dah bagi warning suruh control makan.
so far Hb semua ok jek. cantik je la kan. hasil dari konsisten vita-lea 2 biji sehari.
alhamdulillah membantu.
biasanya lepas check kat gomen saya akan terus ke Poliklinik Rozikin untuk scan baby dan dapatkan nasihat Dr. Noraini.
entry untuk check dengan Dr. Noraini menyusul nanti ye.
sebenar2nya, entry ni nak menghilangkan rasa kemualan saya yang kena minum air sirap bandung 3 layer yang sedap tu aka Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) untuk kali kedua.
nyum2 sedap betulkan. **pshyco diri sendiri**
adik saya kata “alahh ko bayangkan jek ko tengah hirup air jeruk asam boi”
cissssssss.. aku pshyco minum sirap bandung 3 layer ko pergi sebut jerukkan.
makin meleleh air liur.
dari pukul 10pm tadi dah start puasa dah.
mudah2an encik GDM tak suka saya kan.
syuhhhhh3 pergi main jauh2.
jangan kacau adik baby, cukuplah kacau abang ilham jek dulu kan. ehehe.
saat entry blog ni keluar, mungkin saya tengah tunggu turn untuk teguk air yang sedap tu.
tak pun saya tengah ting tong menahan supaya tak termuntah air yang dah diminum.
doakan saya bebas GDM (Gestational Diabetes Melitus) ye.