{DDHN} Melty Choc Hershey’s Versi Ummi Ilham ;)

Projek ummi ilham di cuti awal Muharram 🙂

Melty Choc Hershey’s katanyaaa..

hentam saja la labuuuu..

 

2013-11-05 11.24.09

 

Resepi dari Kak Jannah Ajis.. thanks kak 🙂

sila abaikan cheddar cheese yang tersalah tu..

lagi satu dalam gambar beriya ada badam segala..

sekali badam terhangus pulak..

tercuai masa sangai badam api terbesar..

semuanya “ter” tak sengaja..

;p

 

ok yok zoom in resepi 😉

 

BAHAN A

– 250 ml UHT whipping krim
– 250 gram cream cheese
– 200 ml susu pekat manis (kurangkan kalau tak suka manis)

BAHAN B

– Syrup coklat jenama Hershey’s (nak guna yg perisa strawberi pun boleh/nutella/apa2 jenis filling)
– Biskut marie/biskut oreo

BAHAN HIASAN

– Gula-gula M&M’s
– coklat chips,kekacang,
– cheddar cheese (disagat/parut)

CARA MEMBUATNYA

Satukan semua BAHAN A, pukul sehingga pekat dan tidak berketul

CARA MELAPIS

– Ambil bekas dan cedok 1 senduk adunan cheese dan tuang ke dalam bekas
– Susun/patah2kan biskut marie/oreo
– Picit syrup Hershey’s dan ratakan
– Tabur coklat chips
– Ulang step2 di atas sehingga habis
– Lapisan atas sekali,tuang adunan cheese dan picit syrup Hershey’s
– Tabur BAHAN HIASAN mengikut kreativiti
– Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang

 

 2013-11-05 12.53.10

 

nahhhhhh..

hasilnya dapat 6 mangkuk..

ada 2 jenis oreo dan marie..

untuk kami 1 oreo 1 marie..

1 bagi ibu zura.. 1 bagi mamacu, papacu n mamingah.. share :p

2 nak bawak pergi opis hehehe..

cubaan pertama kan..

mintak maaf la kalau tak memenuhi citarasa..

yang penting babah kata..

“manis dia..boleh potong kaki” :p

macamana rupanya..

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

 

2013-11-05 12.51.02

 

 

ni versi oreo..

asal boleh jek ummi ilham ni kan..

bedal la janji boleh makan..

yang penting ummi dan babah jek yang makan..

ilham tak berapa gemar makanan lembik2 ni..

yang dia tahu donut..donut..donut..

suka betul kuih donut sebab ibu selalu buat donut..

sampaikan kuih donut dia panggil “ibu”

sian ibu jadi kuih donut..

sampai hati ilham hehehe..

 

ehhhh..

baru perasan la..

ummi update blog..hehehe’

 

ok stay tuned..

lepas ni nak share bengkel yang ummin attend last week..

😉

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *