Kejang Betis Ketika Hamil

Morning semua 🙂 Hari ni nak share pengalaman baru saya sepanjang tempoh hamil ni. Semenjak malam semalam, dah dua kali saya rasa kejang kaki aka simpul biawak masa tengah tidur. Tetiba je masa nak tukar posisi tidur kaki jadi kejang. Nasib baik masa ni En. Nazir ada, saya punya terkejut terus menjerit sebab rasa sakit sangat2. Before this tak pernah alami kejang2 betis macam ni. Terus saya suruh En. Nazir urut kat betis saya, barulah rasa lega. Saya agak mungkin sebab kesejukan atau mungkin juga saya kekurangan kalsium.

Pagi ni bergegas saya cari info pasal kekejangan kaki ni. Senang nak prepare kalau kena serang lagi malam ni. Bangun pagi pulak hidung sumbat dan tiba2 batuk. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik pada saya. Semalam jumpa Cik Nah tukang urut (bukan tujuan mengurut) memang saya jumpa dia tiap2 bulan. Dia just rasa2 perut je, so far dia kata ok, nanti dah sampai 9 bulan dia nak bagi petua2 berguna untuk bersalin. Oklah, kat bawah ni ada info mengenai kekejangan betis yang saya copy dari Baby Center. Silalah baca 🙂

Mengapa saya mengalami kekejangan betis pada waktu malam?

Seperti berlari, bermain permainan tenis yang mendebarkan, atau hanya berdiri sepanjang hari boleh memenatkan otot anda sebegitu banyak sehingga ia kekejangan, begitu juga kehamilan. Berat tambahan pada kaki anda selalunya mengakibatkan kekejangan otot kaki pada waktu malam, yang boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga.

Punca-punca lain kejang betis berkaitan dengan kehamilan mungkin adalah kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas) dan kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda, atau tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.

Bagaimana saya boleh melegakan kesakitan?

Mujurlah, kejang betis adalah salah satu rungutan kehamilan yang boleh diatasi.
Apabila kekejangan menyerang:
• Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda — tumit dahulu — dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
• Urut otot yang kejang.
• Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
• Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.

Bagaimana saya boleh melegakan kesakitan?

Mujurlah, kejang betis adalah salah satu rungutan kehamilan yang boleh diatasi.
Apabila kekejangan menyerang:
• Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda — tumit dahulu — dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
• Urut otot yang kejang.
• Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
• Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.

Apa boleh saya lakukan untuk mengelakkan kekejangan?

• Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali (seperti yang digambarkan di atas) sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
• Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.
• Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.
• Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. (Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum, yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)
• Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus.

Jika kesakitan berlarutan?

Jika kesakitannya adalah berterusan dan bukan hanya kekejangan sekali-kala, atau anda perasan adanya bengkak atau kesakitan, hubungi doktor anda. Anda mungkin menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

Sumber: Baby Center

Hernee Nazir – Baru kejap En. Nazir call dia dah selamat bertolak ke Mantin, Negeri Sembilan ada wedding job kat sana. Maka malam ni tinggallah saya berdua baby ni kat rumah. “Baby jangan nakal2 ya, teman Ummi malam ni.. 🙂 Semoga En. Nazir selamat pergi dan balik (bukan pergi jauh mana pun, tapi hati wife dia ni punya gundah gulana macam En. Nazir nak pergi berperang.. ngeee~)

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!