Selamat Hari Pekerja :)

Anything About Me Weekend

[notes: tuan blog terpaksa menutup bahagian hidung.. Tak boleh close up lebih2 sebab ada makcik dah tegur ”hidung ko kembang..mesti anak lelaki..” aikkk?? Makcik perli kaaa??? Sejak azali memang hidung saya dah kembang semangkuk dah makcik oi ;)]

Ok, back to the topic 🙂

 

”SELAMAT HARI PEKERJA”

Untuk semua pekerja2 tak kiralah yang bekerja sehari atau dah bertahun2. Semoga apa saja yang kita kerjakan tu mendapat keredhaan Allah dan mendapat rezeki yang halal.

Ke mana kawan2 menghabiskan masa cuti ni? Saya duk rumah jek sebab En. Nazir ada wedding photography pulak kat Bandar Tenggara. Semalam abang ipar sefamily ada kat rumah, tidur sini dua malam. Ni diorang dah ke Larkin pulak, sunyi pulak saya tak ada kawan berbual hehehe. Insya’Allah lepas Zuhur ni nak ke rumah kawan kahwin sekejap dengan khidmat drebar ‘Teksi Tunai’ saya iaitu Che Ayu ngeh2. Wahh dah lama gila tak ke rumah pengantin dan makan nasi minyak. Tak sabar pulak nak tengok En. Aidil duk atas pelamin hehehe.

Sebelum terlupa, saya nak ucapkan takziah kepada ex-classmate Mohd Najib Shaari atas pemergian bonda tercinta malam tadi. Semoga tabah menghadapi dugaan yang Maha Esa. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Hjh Joriah Abdullah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

Hernee Nazir – Tengok Qi kat JJCM ni membuatkan tekak saya teringin nak makan steamboat.. Nak kenyit2 mata kat En. Nazir la macam ni 😉

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!