Kepenatan Main Bowling

Kepenatan Main Bowling by herneesamshudin
Kepenatan Main Bowling, a photo by herneesamshudin on Flickr.

Inilah bahana jarang berbowling. Bukan saya, tapi En. Nazir yang tiba2 dapat hasutan main bowling dari En. Kam semalam. Awal2 malam dia dah terbongkang tak sedarkan diri. Lantai pun lantailah. Kesian En. Nazir penat sangat agaknya. Entah bola bowling yang berat berapa kilo le agaknya yang dia guna hehehe. Selama ni dia memang jarang layan bowling, kalau badminton tu lain la hari2 pun dia sanggup. Memang dia minat badminton. Bowling ni baru2 je ni dapat ‘pengaruh rakan tak sebaya’ dari En. Kam 😉

Pagi tadi masa siap2 nak hantar saya pergi kerja, dia buat muka kesian + sedih. Nak gelak pun ada (memang dah gelakkan pun). Dia kata tangan kanan sakit. Nak angkat masa cuci muka pun sakit. Alolo kesiannya.. 🙂 Lain kali warm up le dulu ya En. Nazir. Chewahhh.

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!