Dah Lama Tak Makan Sagun

Kawan2 kenal tak sagun tu apa? Kalau tak kenal sila la google image sagun hehehe. Dah lama gila tak makan sagun ni. Dulu masa zaman kanak2 ribena, masa sekolah rendah arwah Tok Mok suka buat sagun lepas tu saya akan jual kat sekolah agama. Sebungkus kecil macam tu seposen je harganya. Biasanya sagun dibungkus dalam plastik air batu malaysia tu. Kalau nak jimat plastik tu dibahagi dua. Huwaaa.. sedih pulak teringat kisah dahulu kala. Selain sagun saya juga menjual kacang kuda, kerepek ubi sambal kat sekolah agama. Itulah kenangan hidup kami yang kasi pagi makan pagi, kasi petang makan petang.

Lihatlah betapa terujanya saya dapat sagun yang diberi oleh Nazam yang baru je balik dari melawat radar PTP kat Tanjung Piai nun. Tak tahulah dia singgah mana sampai terjumpa penjual sagun ni.

Sekali lagi teruja, sampai tersedak2 makan sagun. Sagun ni diperbuat dari tepung beras, kelapa parut dan lagi apa entah lupa hehehe. Kalau nak rasa silalah beli atau pun cuba buat sendiri.

Thanks Nazam, nanti pergi Tanjung Piai belikan lagi ya 🙂

©Hernee Nazir – Tetiba rajin nak online malam ni.. 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!