Syaitooooonnn.. Jangan Ganggu Saya!


Tengok tu dah macam tanduk syaiittoooonn..macam lambang taurus ada gak..takut pulak saya dibuatnya..
Tragedi sedih yang menyebabkan kecacatan sementara ni berlaku minggu lepas saat seorang isteri sedang bertungkus lumus memasak di dapur. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang, si isteri baru pulang dari pejabat dan dalam masa yang sama masih mencuba menghidangkan menu terbaik untuk suami yang akan bertugas di malam hari.

Tanpa berlengah, si isteri turun ke dapur menjalankan tugas. Menu ringkas dan pantas yang dirancang pada petang itu adalah asam pedas ayam dan telur dadar. Sesekali jam di dinding dijeling. Takut2 kalau terlewat siap kerana si suami akan keluar bekerja lebih kurang jam 7.30 malam. Sebelum pukul 7, menu pertama siap dimasak. Dalam pukul 7 baru si isteri sibuk menggodak telur yang akan dijadikan telur dadar.

Proses membuat terlur dadar pun bermula. Telur dadar yang dibuat kelihatan sangat menyelerakan bulat dan kembang macam hidung orang yang masak ;p Si isteri membuat percubaan membalikkan telur dadar agar kedua2 bahagian atas dan bawah masak.

Tiba2 tanpa disedari minyak panas telah terpercik ke bahagian tangan si isteri. Ouuchhhhh.. sakitnya. Si isteri terdiam seketika kerana terkejut beruk dengan insiden yang melanda. Si suami terus keluar dari bilik air bila mendengar jeritan manja si isteri. Bermungkinan besar semasa menjerit si isteri terlupa yang pitching sudah lari ;p Si isteri cepat2 membasuh tangan dengan air tapi si suami menasihati agar jangan dibasuh dengan air nanti semakin teruk kesannya. Tiba2 si isteri teringat amalan yang dilakukan oleh arwah mak dulu2. Masa kecil2 dulu kalau ada kejadian melecur ni, arwah mak selalu sapukan dengan colgate. Jadi si isteri pun terus menuju ke bilik air mengambil colgate. Agak pijar rasanya kerana dah lama tak merasa sakit terkena minyak panas.

Keesokan harinya, bila si isteri berjumpa rakan sepejabat yang terer bab2 kimia ni, rakan tersebut telah memberi ceramah percuma kepada si isteri.

“Kak, lain kali kalau kena minyak panas jangan letak apa2.. biarkan air kena air je.. colgate tu ada bahan alkali.. bla..bla..bla.. lain kali biarkan je air lalu kat tangan yang terkena minyak panas tu”

Begitulah serba sedikit ceramahnya. Si isteri akur dengan ceramah yang diberikan oleh rakannya tapi dalam hati berkata.. “ohhhh suamiku telah memberikan ajaran sesat rupanya.. ;p” Sehingga ke hari ini, tanda terkena minyak panas masih jelas kelihatan di tangan si isteri. Ohhh tidak. Tangan beliau pula sangat gatal nak mengupas kulit2 yang dah kering itu. Haruslah si isteri mencari beauty e oil untuk menghilangkan tanda2 di tangan. Kalau direnung lama2 tanda itu tak ubah seperti syaitan yang bertanduk. Alangkah takutnya bila dibayangkan. Kadang2 nampak macam lambang zodiak taurus. Mentang2 si isteri lahir bulan 5 berzodiak taurus ;p (Jangan percaya zodiak2 ya.. berdosa!)

Moral of the story yang dapat dikupas dari tragedi minyak panas terpercik di tangan ini adalah:


Jangan memasak di waktu maghrib kerana syaitan dan hantu jembalang sedang berkeliaran. Ini apa yang saya sendiri fikirkan. Memandangkan ada kesan2 yang berbentuk syaiittoonnnirrajim tu pada tangan saya.

Huh.. rasa penat pulak nak habiskan cerita ni. Perut dah lapar. Stop dulu ya, daaaaaaa..

©Hernee Nazir – Hari ni Anna masak nasi impit, lauk ayam masak merah, rendang.. tadi dah pujuk rayu Anna nak tumpang makan malam.. aci kan.. adik badik ngeh2..

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *