Hari Buah2an PTP ;p

Aktiviti KKPTP Anything About Me Frenz

Cerita 2 hari lepas, sesi makan buah2an tempatan secara berjemaah ;p Start pukul 3pm sampai 8pm. Tapi kitorang keluar office lepas 5.30pm habis office hour. Nanti keluar awal orang kata mengular pulakkan hehehe.
Sampai2 terus tuju belah belakang sikit, dengan harapan dapat melantak tanpa orang2 lain sedari *tipu*
 

Tu Wan, orang baru kat Marine Department budak praktikal, ada 3 orang lagi. Lantaklah Wan ko tengok akak yang ternganga sumbat durian tu. Masa sampai2 ni kitorang dapat durian yang memang sedap gila. dah la kuning, ada pahit2 manis sikit. Nyum2.

Ni baru nak merasa durian yang tak berapa menguning dan rasa dia pun tak memberansangkan sangat la. Tapi sempat juga la ngap 2 3 ulas hehehe.
Time2 menyuap ni la paparazzi upahan ni nak snap cesss. Oh gambar2 ni semua redit to En. Nazam yang bawa DSLR dia hari tu. Sebelum masukkan dalam blog gambar2 ni saya dah minta kebenaran tuan punya gambar.
Ni budak yang nak lumba makan durian dengan saya. Lumba siapa makan paling banyak dan pemenangnya ialah Ita ;p
Ita, saya dan Asmah yang malu2..

Akibat dah terlebih makan durian, terus berot bibir hehehe.

Dah kenyang balik office semula..

Tapi sempat lagi berposing dengan budak2 ni..
Mangsa kena ambil gambar, last2 muka sendiri tak ada..huh..

Melenjan kamera Nazam dalam lif, nasib baik tak ada orang lain ;p

Sampai office kepanasan, dah la makan durian banyak lepas tu berjalan kaki lagi. Rasa macam berbara badan. Terbakar tak lemak2 kalau macam tu? hehehe.  Tu je la cerita makan durian. Agak malas nak berceloteh panjang2. 

©Hernee Nazir – Rasa nak makan durian lagi la.. ;p

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!