Cencaluk.. Pucuk Paku.. Asam Pedas.. Nyumm2

Menu ringkas untuk malam ni tapi mengenyangkan. Alhamdulillah. Semalam ada beli cencaluk dari kawan sebumbung. Agak dah lama tak makan cencaluk. Arwah mak dan arwah Tok Mok punya makanan kegemaran ni. Memang diorang je yang selalu beli dulu2, makan dengan nasi panas saja pun jadi. Sambil menunggu En. Kuih Lonjong balik kerja, sambil terliur tengok cencaluk tu. Kebetulan masa pergi kedai tadi nampak pucuk paku, rasa dah lama juga tak makan. Terus beli seikat. Dua2 lauk ni nostalgia sungguh.
Asam pedas ikan kembung + pucuk paku goreng + cencaluk

 Pucuk paku goreng..
Mari kita zoom in cencaluk..
v
v
 v

 taraaaaa.. ini dia cencaluk dari Melaka..
potong bawang, cili padi dan limau kasturi.. nyumm2..

Memang sedap cencaluk ni. Sebotol RM2 je. Siapa yang dekat2 rumah saya ni teringin nak makan boleh order hehehe. En. Kuih Lonjong makan sehingga menjilat ibu jari kaki ngeh.. ngeh..

©Hernee Nazir – Esok nampaknya periuk tergantung.. tengahari ada majlis kahwin kawan sekolah.. malam kenduri arwah Tok Mok kat rumah makcik.. kesimpulannya.. sesi memasak bersambung Isnin.. 😉

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *