Jumpa Budak Mata Bulat :)

Anak Buah Anything About Me My Hero Beso Weekend
Hari Jumaat lepas, tetiba En. Nazir kerinduan pulak dengan anak2 buah dia. Terus ajak ke rumah Kak Long kat Pasir Gudang. Bila bapak buahnya dah merindu, mak buah ikut je la. Memang dah lama pun tak jumpa budak mata bulat ni.
Geram tengok Aiman si mata bulat ni. Mengantuk ke, demam ke, mata dia tetap bulat macam ni. Sekali dia tenung mak oi meleret. Takut makcik tengok tau Aiman hehehe.

Ada satu aktiviti yang saya nak kongsikan kat sini masa pergi rumah Kak Long. Tapi check2 gambar kat dalam memory card hand phone dah tak ada. Tak tahu mana perginya. Bengang betul, tengah semangat ni nak cerita pasal Mr. Tauge gambar pulak hilang. nanti saya cari2 dulu.

Pakcik tengah praktis nak jadi ayah mithali hehehe. Tengok muka si Aiman tu, macam tak puas hati je. Agaknya heran kenapa la makcik aku ni sibuk sangat nak ambil gambar aku agaknya ;p

Tak lupa Cik Bila kita nak juga menempel tepi Pakcik. Gambar Nabila sorang2 pun dah hilang. Jin toncet mana yang delete agaknya ni ;p
Kitorang balik rumah pukul 9 sampai dalam pukul 10 lebih. Rekod terbaik, Hernee berjaya tak tidur dalam perjalanan balik ;p sebab masa perjalanan pergi dah puas tidur wakaka.

©Hernee Nazir – Minta maaf gambar memang kualiti hancus lebus 🙂

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!