Kan dah kata nak masak dengan bersungguh2, jadi kena kotakan walaupun lauk sempoi jek. Menu malam tu, ayam masak asam pedas Hernee Nazir’s style, sawi goreng berencahkan sotong dan ikan kembung goreng berdua lebih baik ;p
Ayam Masak Asam Pedas Hernee Nazir’s Style ;p
Bahan2:
1/2 ekor ayam dibersihkan dan dipotong
10 tangkai cili kering di blender
1 biji bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia ditumbuk
1/2 inci kunyit ditumbuk
secubit asam jawa
1 cawan minyak masak
1 ikat daun kesum
1/2 mangkuk air
garam dan perasa secukupnya
Cara2:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan2 yang ditumbuk dan diblender sehingga garing. Masukkan ayam gaul hingga sebati dan masukkan air asam jawa. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan perasa serta daun kesum. Kacau hingga rata sehingga masak.
Sawi goreng berencahkan sotong..
Bahan2:
1 ikat sawi
1/2 biji bawang besar dihiris mayang
1 ulas bawang putih dihiris mayang
1 biji cili merah dihiris mayang
sedikit ikan bilis
minyak masak untuk menumis
sedikit air
Cara2:
Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan ikan bilis hingga naik bau. Masukkan batang sawi dan sedikit air. Kemudian masukkan daun sawi dan garam serta serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati sehingga agak layu dan tutup api.
Ikan kembung goreng berdua lebih baik ;p
Resepi untuk ikan goreng berdua lebih baik ;p sila rujuk entri ini 🙂 Kalau tak reti juga kena masuk kelas masakan di rumah saya setiap hari Sabtu dan Ahad hehehe. Wakaka..macamlah terror sangat masak.
Selamat menjamu mata! 🙂
©Hernee Nazir – Alhamdulillah kenyang makan berdua, tapi masak macam makan berlima 🙂
assalamualaikum hernee…masak utk sekeluarga terasa bahagia sgt kn…lebih2 lg bila die org ckp sedap apa yg kita masak tu…
** Mama Maszull
waalaikumussalam..kan ma..puas hati..