Malam semalam hujan adalah separa lebat, selalunya saya akan hantar En. Nazir pergi kerja tapi oleh kerana terlupa isi minyak, jadi En. Nazir drive sendiri je la. Kang kalau saya ulang alik 2 3 kali mahu terkandas tengah jalan.
Sebelum tidur siap2 call Bariah, nak tumpang pergi kerja esok, jadi tak ada la En. Nazir terkejar2 nak balik ambil saya pulak pagi2 hari.
Setelah sekian lama tak menumpang Bariah, my ex-supir masa time2 preggy dulu hari ni saya menyibuk kat myvi dia ;p
Bariah.. single but i’m not sure whether she is still available or not ;p
Bukan saya saja penumpang Bariah ye, itu kembar nama lebih kurang nama saya pun ada juga. Kat belakang tu namanya Hennie, tambah ‘R’ bunyinya sama dengan Hernee. Dia ni Sabahan. Dah jadi kawan saya juga. On the way nak ke tempat kerja kami singgah kat warung idaman saya ;p. Yeay! termakbul juga impian nak makan lontong kering. Gambar lontong kering yang menggiurkan next entry ye 🙂