
Orang lain dah berzaman gantung ribbon ni, saya ni slow macam siput masak lemak cili padi. Dah draft tapi tapi tak terpublish. Bila tengok Cdot yang seminggu sekali update blog tu bersemangat waja, saya pun rasa “Aeh.. kenapa la aku yang tiap2 hari duk menatap blog ni.. tak publish2 entri ni..” Saya pun berusaha nak membantu En. Megat dan keluarga yang sedang diuji oleh Allah tu.
Saat tu saya rasa sangat2 bersyukur, bukan saya dan hubby saja yang ditimpa dugaan, ramai lagi diluar sana yang Allah pilih untuk diuji kesabarannya. Cuma dugaan tu berbeza. Orang ni dugaannya begini.. orang ni dugaannya lain pula. Allah tu Maha adil dari segala aspek. Allah takkan menduga hambaNya sekiranya Dia tahu hambaNya itu tak mampu menerima dugaan. Semoga keluarga En. Megat bersabar dengan dugaan ini, mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Sama2 kita doakan.
-
Copy dan paste ribbon diatas.
-
Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.
-
Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 17/1/2010
Maklumkan kepada saya melalui komentar di bawah bahawa anda dah letakkan ribbon tersebut boleh juga maklum melalui twitter @kbsoccernet
Moga usaha kita yang kecil ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya