Musim Bunga.. Bunga Cekur ;p

Info Sharing
Malaysia pun dah ada musim bunga ke? hehehe~
Entri ni pun dah lama dalam draft, tadi baru saya perasan on the way nak balik ke rumah, musim bunga dah tak ada dah. Sekejap betul, minggu lepas dah suruh En. Nazir stop tepi jalan snapkan gambar ni. Masa tu saya tengah beristirehat kat rumah, masih sempat mengarah En. Nazir lagi tu hehehe~
Saya tak tahu apa ke nama pokok ni. Tapi pokok ni pokok yang selalunya di tanam kat tepi2 jalan, highway untuk meredupkan alam sekitar. Gambar yang En. Nazir ambil ni sekitar kawasan jalan utama perumahan kami. Masa saya ke klinik hari tu pun kat highway memang pokok2 ni tengah meriah berbunga. Lagi satu, korang pernah tak cium bau pokok cekur? Pokok cekur tahu ke tak? Tak tahu meh sini, baca kat bawah tu ikhsan En. Google ya bukan En. Nazir ekekeke~

Ni la dia pokok cekur cekur ahh..cekur2 ihh.. ekor2 ahh..ekor2 ihh.. hahaha..hihihi..hilang gigi tinggal gusi ;p


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga “Zingiberaceae” adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari. Nama pokok botani ini ialah saoropus androgynus dan berada daripada keluarga euphorbiaceace.


Cekur ialah sejenis herba renek yang tumbuh melebar di atas tanah. Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan dan tumbuh padat. Daunnya licin dan berbentuk bujur tirus. Hujung daun agak runcing iaitu berukuran lebih kurang 16sm panjang dan 8sm lebar. Daun atasan biasanya membesar dengan sempurna sementara daun bawahan tinggal sebagai scales.Apa yang uniknya tumbuhan herba ini selain mempunyai aroma yang membabitkan selera jika diadun dalam resepi masakan cekur adalah pokok herba yang tidak mempunyai batang.

Ciri lain yang ada pada cekur ialah bunganya berwarna putih-ungu, tumbuh secara sendirian di tengah-tengah pokok. Daun cekur tersusun dengan rapi di sebelah kiri dan kanan tangkai, mulai dari bawah hinggalah ke atas. Daunnya yang muda lembut dan berwarna hijau muda. Daunnya yang muda boleh dibuat sayur. Daun tua berwarna hijau tua dan agak keras. Bentuk daunnya bujur dan runcing tirus di hujungnya. Daun ini mempunyai urat jejala. Bunga cekur manis tumbuh di tangkai daun dan ia kemudian menghasilkan buah yang berwarna putih ketika masih muda dan merah samar hingga coklat apabila tua.

Haaaa.. panjang lebar ceritanya. Padahal nak cerita pasal pokok lain. Tapi tercerita pulak pokok cekur. Tak apa la, tambah2 ilmu. Daun cekur ni boleh dijadikan ubat kalau kita terkena demam campak tau. Giling daun cekur bersama2 beras yang dah siap dibasuh. Lepas tu sapu kat badan dan bahagian yang tumbuh merah2 tu. Tak silapnya untuk gatal2 atau kudis pun mujarab guna ni. Dulu kecil2 emak saya selalu guna daun cekur. Melalut lagi~

Ok, berbalik kepada cerita asal, ni la pokok berbau pokok cekur tu. Bila lalu kat pokok ni kuat sangat baunya. Tapi tak adalah fikir yang bukan2 masa tu. Isyh~ merepek je, dah la tinggal sorang ni, En. Nazir pergi main badminton, malam Jumaat pulak tu. Aeh, melalut lagi. Makin malam makin melalut.

Nampak tak bunganya? Ada bau tak? hehehe~ Mana ada.. kalau ada mesti ada sesuatu.. di sebelah anda hehehe~ ada hati nak takutkan orang si penakut ni.
K lah dah sakit pinggang ni, sambung esok pula ya. Nak tidur cepat sikit, takut esok nak bangun pergi kerja nangis lagi huhuhu~ Nanti sampai office muka macam katak kena lenyek lori hantu pulak hehehe~ Entri esok dah siap dua untuk auto publish. Entri pasal ke klinik nanti esok saya share. Sempat snap gambar amoi2 cute kat klinik ngee~

+++ Masa tengok pokok ni berbunga kan.. saya cakap dengan En. Nazir.. “kalau kat FV ni dah boleh harvest dah pokok2 ni agaknya..” hahaha~ macam rupa pokok dalam FV la..pengaruh FV la pulak.. ngee

post signature

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!