Sesi Bersanding & Makan Beradab

Family's Wedding Senggarang
Ini la singgahsana Atam yang dihias dengan bunga2 segar. Ringkas je tapi nampak menarik di mata saya ;p Mata orang lain saya tak pasti.

Akhirnya dapat juga duduk berdua, selepas melalui beberapa tol. Pada hal dari Machap ke Senggarang tak ada tol pun hehehe~ Gambar sanding saya tak sempat nak snap banyak2 tak larat pulak masa tu.

Gambar masa makan beradab ni pun En. Nazir yang snap kan. Lapar betul pengantin ni nampaknya.

Atam kata gambar ni reject sebab dia kata kelakar tengok muka dia menyengih macam tu. Tapi saya tetap nak masuk dalam blog 😉

Time ni pengantin lelaki pulak yang tidur 😉

Entah apa lah yang di gossipkan dek pengantin lelaki tu kan.. hehehe~

Family sebelah lelaki tengah menikmati hida

ngan. MIL Atam sangat muda, rasanya kalau tengok maknya dengan Halil suami Atam ni nampak macam kakak dengan adik je. Tiba2 saya teringat bergedil tahu buatan Kak Andak yang sedap tu, dia sempat simpankan saya sebelum kena makan dengan orang lain. Sedapnya~

Kek Atam masih berwarna purple. Check2 tak ada pulak gambar masa diorang potong kek ni. Maybe En. Nazir tengah sibuk masa tu.

Ni la satu2nya gambar saya dengan pengantin. En. Nazir langsung tak sempat, masing2 sibuk dengan tugas masing2. Oh ya, itulah baju yan

g saya beli kat Butik First Lady, dipadankan dengan tudung dari Butik Nara. (abaikan muka saya yang macam apa2 entah tu)

Tak dilupakan, Anna datang juga dengan ayah hari tu. Wakil dari Gelang Patah 😉 Ye la mak mana la larat nak datang. Ayu pulak tukang jaga mak. Oh ya, hari ni mak saya akan menjalani rawatan brachytherapy di HSI. Doakan mak saya selamat ya kawan2.

[auto publish]

post signature

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!