Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Versi Hernee Nazir ;)

Ok, projek public holiday :)

Minggu lepas, saya baca Cham Ali (kawan fb) buat Ayam Panggang Ala Kenny Rogers yang dia follow dari blog Hana’s Family. Saya pun rasa teruja nak men’try’ kat rumah. Saya dan En. Nazir memang suka makan ayam kenny rogers, kalau dapat buat yang ala2 hmmm bolehlah menjimatkan duit hehehe.

Plan asal nak buat weekend, sekali En. Nazir tak ada pulak so saya postponed on Tuesday yang kebetulannya public holiday bagi rakyat Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Johor.

Malam Selasa tu, lepas siap2 masak saya bergegas ke Mydin, Anjung Nusajaya dengan Ayu untuk cari bahan2. Ilham tinggal dengan babah dia sekejap. Malam tu juga saya marinate ayam untuk dapatkan rasa yang mantop ;)

Esok paginya, sempat buat sarapan lempeng cicah kuah asam pedas untuk alas perut. Lepas tu bersilat kat dapur sorang2 menyediakan Ayam Panggang Ala Kenny Rogers, Garlic Mashed Potato, Coleslaw dan Banana Split :) Ohhhh.. sungguh berzaman nak memanggang ayam ni.. semput tunggu.. Ilham sungguh tabah menunggu ummi yang sibuk masak.. lama juga dia bertahan, sampai dah tak tahan sangat terpaksa la ummi dia stop kejap.. ada iklan selingan **layan Ilham ngempeng** hehehe~

Dalam pukul 2pm baru dapat menjamu selera :) Kesian pelanggan2 saya (En. Nazir, Anna dan Ayu) yang menunggu hidangan lunch kami :)

Dan hasilnya.. walaupun tak sehebat yang dalam blog Hana.. taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. ;)

 

_DSC4675

 

Belum sempat cakap jangan simbah gravvy kat badan ayam, saya tengok En. Nazir dah menyimbah dengan jayanya dan terus snap gambar. Tak nampak gambar ayam yang original keluar dari oven. Layankan je :)

 

_DSC4678

 

Zoom in :) alamak garlic mashed potato tu tak jelas sangat la.. gambar dia je terlupa nak suruh En. Nazir snap :)

Ok, ni resepi yang saya follow dari blog Hana’s Family >>Ayam Panggang Ala Kenny Rogers<<

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) – saya tambah 4 thigh lagi
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran - saya guna oregano dan rosemary
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara:

  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- saya perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

 

Resepi untuk garlic mashed potato pun saya ambil kat blog Hana:

Bahan-bahan

  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu) - saya buat 10 biji terus ;)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy : (gravvy ni saya buat lebih untuk simbah kat badan si ayam tu )
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin) – lupa beli, saya gantikan dengan sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bawang putih - saya guna butter

Cara-cara

  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk – isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk. Tabur sedikit garam. Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!

Resepi coleslaw pula:

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji Kobis
  • 1 biji Bawang
  • 1 biji  Lobak Merah
  • 1 botol Mayonaise (saya guna mayo yang khas untuk coleslaw.. tak payah letak garam pun dah ok)

Cara-cara:

  1. Kobis, bawang dan lobak dicincang hingga halus.
  2. Campurkan kesemua bahan tersebut didalam mangkuk sehingga sebati.Tambahkan mayonaise sehingga semua bahan bersatu.
  3. Simpan didalam peti-sejuk selama 1jam. Kemudian hidangkan. (dalam kes2 tertentu, terutama kes2 kebuluran, tak payah tunggu lama2 boleh terus makan je :) )

Desert yang menemani lunch semalam.. banana split.. taraaaaaaaaaaa.. :)

 

_DSC4680

 

pandangan atas..

 

_DSC4682

pandangan tepi.. eskrem mencair tunggu En. Photographer men’snap’ ;)

Bahan-bahan:

  • 2 biji pisang emas – nak cari pisang emas dibawa belayar sekali jumpanya pisang dole.. dole pun dole la sedap gak
  • aiskrim - suruh Anna beli yang 3 flavour tu, sekali tak ada pulak.. suruh beli vanilla dia belinya coklat.. hentam saja la labu..
  • coklat rice (untuk hiasan)
  • koko crunch (untuk hiasan) - dalam gambar lupa letak ;)
  • buah kiwi (untuk hiasan)
  • Hershey’s Syrup -Chocolate Flavor (untuk hiasan)

**suka hati la kalau nak longgok lagi banyak accessories lagi sodap **

Cara-cara

  1. pisang dipotong dua (dibaringkan) dan potong kecil2 untuk letak ditepi2
  2. buah kiwi potong kecil2 dan susun ditepi2 sebagai hiasan
  3. selepas itu letakkan 2 scop aiskrim di atas pisang, siramkan Hershey’s Syrup Chocolate Flavor secara zig zag dan taburkan taburkan coklat rice dan koko crunch di atas nya.
  4. sedia untuk dingapppppppppp.. selamat mencuba ;)

Alhamdulillah sangat mengenyangkan perut. Ayam tu memang sebijik rasa kenny rogers. Pelanggan2 saya pun berpuas hati, dan puji masakan saya hari tu hehehe. Next time boleh buat lagi nampaknya. Garlic mashed potato tu pun first time saya cuba, gravvy dia pun sedap ikut resepi tu. Nanti bila Ilham dah boleh makan, bolehlah saya buatkan untuk dia :) Coleslaw tu memang dah biasa sangat buat, cuma kali ni saya tambah bawang je. Banana split dari hari tu saya teringin nak makan, dan alhamdulillah dapat juga buat simple je kot tak susah mana pun hehehe.

Next projek, maybe this week kalau sempat nak buat “Lamb Chop” pulak yummeeehhh.. *telan air liur. Saya sangat happy bila masakan saya yang tak seberapa tu menjadi, bertambah2 semangat nak mencuba masakan lain pulak. Apa yang penting, saya happy sebab dapat menambah ‘babat’ En. Nazir.. kahkahkah.. Ampunkan saya En. Nazir :)

 


2 thoughts on “Ayam Panggang Ala Kenny Rogers Versi Hernee Nazir ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>