DDHN | Resepi Sambal Kentang & Ikan Bilis Goreng Rangup

Assalamualaikum..

Menu Sambal Kentang & Ikan Bilis Goreng Rangup ni adalah menu hari pertama berbuka puasa. Ummi duk scroll FB dan ternampak member share. Terus otak Ummi yang tengah kering idea tu terfikir nak masak sambal kentang ni. Biasanya Ummi buat curah kicap kali ni kita bagi pedas sikit. Ok jom tengok resepi yang simple tu.

Resepi Sambal Kentang & Ikan Bilis Goreng Rangup

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Belacan

Cara-cara:

  • Kentang dipotong nipis, kemudian digoreng.
  • Ikan bilis digoreng.
  • Cili padi, bawang merah & belacan ditumbuk kasar kemudian tumiskan hingga agak garing.
  • Masukkan garam dan gula (jika suka)
  • Masukkan ikan bilis goreng dan kentang yang telah digoreng dan gaul rata. Siap!

Senang je kan. Menu ni penambah selera tau. Kuantiti untuk bahan-bahan tu agak-agak je la nak banyak mana ikut pilihan korang. Selama mencuba!

182 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “DDHN | Resepi Sambal Kentang & Ikan Bilis Goreng Rangup

  1. saya pun suka masak kentang dengan cara macam ni. tapi anak dengan suami lak yang tak suka. jadi nya masak untuk makan sendiri saya ja la. hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *