Resipi Mee Wantan & Sup Dumpling

Resipi Mee Wantan & Sup Dumpling | Assalamu’alaikum. Ummi nak share Mee Wantan dan Sup Dumpling air tangan Mommy Ngah. Ya, dia yang buat dah tiga kali kot dapat merasa sejak PKP ni. Memang sedap la tekak Ummi hehehe. Nak buat sendiri isi rumah ni tak berapa suka, jadi tumpang semangkuk mee wantan Mommy Ngah la kan hehehe.

Resipinya Mommy refer dari blog Azian Collections. Ummi ada bubuh resipi kat bawah tu. Senang nanti kalau nak buat sendiri ecehhh.


RESIPI MEE WANTAN


Kredit Resepi Asal: Azian Collections

BAHAN-BAHAN:

1 paket mee wantan (celur sebentar dan tos)
4 ketul ayam
seikat sawi pakchoi (potong dan celur)
2 hiris halia

BAHAN WANTAN

200gm isi ayam*
2 ulas bawang merah*
2 batang daun bawang*
2 hiris karot*
1 tsp lada sulah
sehiris lemon
secubit garam
1 tsp minyak bijan
1 tsp tepung jagung
kulit wantan secukupnya

KICAP UNTUK MEE

4 tbsp kicap pekat
2 tbsp kicap cair
2 tbsp sos tiram
3 tbsp minyak bijan
2 ulas bawang putih
1 cawan stok ayam

CARA PENYEDIAAN:-

1. Rebus ayam bersama halia sehingga masak.(saya masukkan juga sepotong kecil asam keping) Angkat dan toskan. Air rebusan ayam di ambil satu cawan dan selebihnya jadikan sup.(masukkan bawang besar,garam dan lada sulah)

2. Untuk kicap mee, tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila kekuningan, masukkan 1 cawan stok ayam tadi bersama bahan-bahan kicap mee yang lain kecuali minyak bijan. Tutup api bila menggelegak dan masukkan minyak bijan. Kacau rata.

3. Bila nak menghidang, tuang sedikit kicap mee pada mee wantan yang telah di celur tadi dan gaul ratakan. 

4. Cincang halus bahan-bahan bertanda* untuk membuat wantan. Satukan kesemua bahan membuat inti wantan. Gaul rata-rata. Untuk membentuk boleh di buat seperti dalam gambar untuk bentuk yang paling mudah.

5. Apabila telah selesai bolehlah di rebus di dalam sup yang kita sediakan tadi. Air ayam yang keluar akan menambah kesedapan sup.

6. Hidang Wantan Mee bersama sawi, wantan yang telah di rebus sup dan semestinya cili jeruk atau cili padi berkicap. Boleh juga wantan di masukkan kedalam sup.

SUP DUMPLING (Mommy Ngah buat sendiri)

Bahan-bahan: Bawang putih (diracik), halia, minyak bijan

Cara-caranya: Tumis bwang putih sampai garing, masuk halia tuang minyak bijan sikit. Akhir sekali masukkan wantan. Tabur daun bawang dan bawang goreng jika suka. Nak bubuh kiub ayam atau stok ayam pun boleh.

Selamat mencuba! Bolehlah buat menu berbuka puasa. Hirup kuah pepanas tu sedap ya ampun hehehe. Stay at home, stay safe and let’s cooking uolls!

60 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *