Ahoy! It’s A Boy! – 5 March 2019

My Hero Kecil - Ilham Syahid

Assalamualaikum..

Ya tuan tanah kedaung baru muncul di hari ke 22 berpantang. Half way to go bebeh! Baru rasa nak menaip di blog. Entri ringkas je ni. Full enrty kelahiran baby baru akan menyusul nanti. Yuppp nanti, not now ok! Sebab ceritanya full of dramatic and traumatic moments. Seriously.. no jokes!

Alhamdulillah 5 Mac 2019 I am officially a mom of 4. Opppsss 5 actually.. 4 boys 1 girl. Tidak mungkin dilupakan anak dara sorang tu, kecil hati dia nanti hehehe. Syukur alhamdulillah, dengan nikmat dan rahmat Allah. Masih diberi peluang bernafas setelah bertarung nyawa melahirkan seorang lagi khalifah utusan Allah. Maaf andai ada yang baru tahu berita kelahiran ni.

Seperti yang discan sepanjang mengandung, itulah yang Allah kurniakan seorang bayi lelaki istimewa yang kami namakan dia sebagai “MUHAMMAD ILHAM SYAHID BIN MOHD NAZIR”. Dilahirkan pada 5 Mac 2019, jam 11.07pm dengan kaedah emergency caesarean di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Rasanya cukuplah intro indigo tu dulu ya. Baby dah menguek-nguek tak kasi can Ummi nak jengah blog. Nanti Ummi sambung lagi, my beautiful confinement journey yang agak berbeza dari anak-anak sebelumnya. Stay tuned ya!

Maaf kawan-kawan blogger, Ummi tak sempat nak blog walking, FB walking dan apa saja walking di social media korang. Mood pun on off. Masa terluang dipenuhi dengan aktiviti melayan baby, mengepam stok susu, ulang alik ke klinik dan hospital (check up prolonged jaundice dan appointment awal baby) dan berehat aka tidur (walaupun dapat lelap setengah jam pun dah cukup heaven). Harap memahami ya especially orang-orang office, “please put yourself in my shoes!”

Untuk ibu-ibu berpantang di luar sana, bersyukurlah dengan apa saja situasi yang korang hadapi baik atau buruk kerana di sebalik kesukaran korang berhadapan dengan pelbagai dugaan sepanjang berpantang, ada lagi insan lain yang lebih berliku dugaannya. Syukur! Jangan mengeluh apa lagi meroyan.

Till then, bye!

p/s Ummi hanya mampu baca je email-email jemputan makan sedap sambil telan air liur je sempena Ramadhan Food Review tahun ni. Selamat menjamu selera kawan-kawan. Reviewlah seikhlasnya. Tahun ni Ummi berehat buat Ramadhan Food Review, kasi can lah kawan-kawan JDT Blogger lain yang hebat-hebat belaka.

Loading

Related Posts

5 thoughts on “Ahoy! It’s A Boy! – 5 March 2019

  1. Alhamdulilah bawalah berehat Ummi Her oii…
    Sis ko dulu berpatang takde update blog pun hahahahaha….

    Apa-apa pun, selamat berpantang, mesti dah kurus kannnn huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!