Celebrate Birthday Ke 5 Tahun Syahid di Kuala Terengganu | Amboiiii tajuk kemain panjang. Alhamdulillah tahun kelima hidup bersama budak special yang Ummi lahirkan lima tahun lepas. Cepatnya la hai masa berlalu. Dah besar dah baby tua Ummi sorang ni. Tak lama lagi nak masuk sekolah dah. Insha Allah.
Happy 5th Bithday Ilham Syahid
Semoga Allah merahmati hidup Syahid di dunia dan akhirat. Ummi, Babah dan abang-abang semua sayang Syahid. Semoga Allah permudahkan urusan Ummi dan Babah untuk membesarkan Syahid. Semoga Allah permudahkan urusan Syahid di sekolah nanti, dijauhkan dari orang yang berniat tak baik, didekatkan dengan semua orang yang baik-baik yang menyanyangi Syahid.
Cuti-cuti Malaysia ke Kuala Terengganu
Tahun ni kita celebrate jauh sikit yang, kita ke Pantai Timur sempena cuti-cuti Malaysia family kecil kita. Semoga Syahid dan abang-abang happy walaupun memacam ragam buat mak ko ijo hahaha. Insha Allah ada rezeki kita bercuti kat tempat lain pula ya.
Celebrate Birthday Ke 5 Tahun Syahid di Kuala Terengganu
Till then, semoga Allah panjangkan usia Ummi dan Babah dapatlah kami tengok Syahid dan abang-abang membesar. Minta maaf kalau Ummi belum jadi ibu yang sempurna buat Syahid. Love you Syahid!
Follow TiktTok @herneenazir