DDHN | Ala Oden Oden Lembu Patah Tanduk

Assalamualaikum..

Baca tajuk tu jangan sampai ternyanyi ok hahaha. Saja la Ummi ni nak post entri ni. Nak buat ala Oden Family Mart katanya tapi bahan-bahan tak mengikut resepi viral tu dan tak dan lah nak mencucuk lidi bagai dan mencari pes asam pedas tu. Ummi lebur je dengan pes tomyam yang ada kat rumah.

Taraaaaa.. yang tak bercucuk lidi ni Ummi bagi nama dia Ala Oden Oden Lembu Patah Tanduk hahaha. Ok tak?

Sebenarnya Ummi memang selalu je buat style ni kalau tak ada idea jak masak apa. Acah-acah steamboat johnnys atau pun seoul garden ke gitu kan. Ummi suka buat cicah sambal kicap hahaha. Tambah pula ada stok kubis panjang tu lagi la syiokk. Lebur sekali capsicum. Siap!

Next time lah baru buat betul-betul ikut resepi ala oden yang viral tu. Nak ke Family Mart masih tak sampai-sampai lagi ekekeke.

Ok selamat menjamu mata!

309 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “DDHN | Ala Oden Oden Lembu Patah Tanduk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *