Friday’s Lunch – Seoul Garden Hot Pot Angsana Johor Bahru Mall

Foods Review Geng Jumaat

Friday’s Lunch – Seoul Garden Hot Pot Angsana Johor Bahru Mall | Assalamualaikum uolls. Enam hari Ummi tak update blog. Come on Ummi wake up! Mood nak blog walking pun kelaut dalam. Ampun ya kekawan semua. Ada yang Ummi baca je tapi jari-jari runcing Ummi ni berat sangat nak taip komen.

Ok lah, jom teruskan membebel. Kalau korang yang follow blog Ummi mesti korang tahu yang Ummi ni addicted jugalah dengan Korean Food. Nak melancong ke Korea duit tabung ayam belum penuh, jadi kita mampu makan je la menu-menu sedap orang Korea. Babah dan anak-anak pula not into Korean Food sangat. Jadi Ummi kena ajak kekawan je lah kalau nak menjamah Korean Food hehe. Bila dapat tahu Seoul Garden Hot Pot dah dibuka di Angsana Mall, maka Ummi punya level of excited tu melonjak-lonjak. Duk la skodeng facebook saja buat air liur sendiri meleleh. Jumaat lepas dengan ayat semanis madu Ummi ajak Eqa lunch kat sini walaupun tak cukup korum haha. Berdua pun jadi weh. Tak boleh tunggu-tunggu dah.

Lokasi Seoul Garden Hot Pot ni bersebelahan dengan Sushi King. Oleh kerana teruja nak makan kat sini, Ummi menyombong kejap dengan Sushi King kahkahkah. Tunggu Bonanza RM3.18 nanti ya baru Ummi jengah awak. Ok ni suasana dalam restoran, very nice and simple decoration. Masa kami sampai tu ada dua orang customer je.

Lepas pilih menu, Ummi kerah Eqa pergi order di kaunter dan bayar. Sebelum makan sesiap bayar dulu, sama je konsep dengan Seoul Garden BBQ Buffet. Haaaa.. kalau BBQ Buffet Babah dan anak-anak boleh terima. Tapi ada warning tau.. jangan pergi time tengah betul-betul lapar. Nanti “bapak ko hijau” kahkahkah. Mak kau relax-relax je sebab mak kau enjoy sesangat makan kat situ. Tak sihat terus jadi sihat oi haha. Eh melalut!

Inilah menu yang kami order. Set HOT VALUE MEALS. Set ni dah siap main dish, side dish dan air so tak payah pening-pening sampai migrain nak pilih. Sebenarnya Ummi rambang mata dan tekak. Hot Pot pun nak rasa, bibimbap pun nak rasa. Sudahnya, Ummi telah menasihati diri sendiri. Kau jangan tamak Hernee.. tak lari Seoul Garden Hot Pot dikejar. Hari ni kita makan bibimbap dulu, esok lusa kita order Hot Pot pula. Nampak tak permainannya di situ.

Cara nak order mudah je. Itu pun nak ajar ke? :p

Langkah 1 – Pilih main dish sama ada korang nak Bibimbap, Hot Pot atau Army Stew.

Pilihan Bibimbap – Marinated Beef Bap, Kimchi Bokkuem Bap, Chicken Bulgogi Bap, Marinated Chicken Bap, Beef Bugogi Bap.

Pilihan Army Stew – Seafood, Beef & Basic.

Pilihan Hot Pot – Beef, Chicken, Seafood, Mandu & Dubu Jiage.

Langkah 2 – Pilih side dish sama ada korang nak Mini Teobokki (2 pcs), Mandu (3 pcs) & Yuba (2 pcs)

Langkah 3 – Pilih air. Ait pun ada 3 jenis sama ada korang nak Iced Peach & Mango Tea, Iced Apple Minty Tea & Iced Lime Tea.

Harga Hot Value Meals mengikut set:

Set Bibimbap – RM26 nett
Set Army Stew – RM28 nett
Set Hot Pot – RM29 nett

Kat bawah ni ada list of menu yang sempat Ummi snap untuk tatapan korang.

Dessert – Citron Jelly & Refreshing Red Dates & Sea Coconut
Minuman – Iced Peach & Mango Tea, Iced Apple Minty Tea, Iced Lime Tea, Iced Sparkling Sour Plum, Iced lemon Mint Tea, Ginseng red Dates, Citron Tea etc.

Pilihan Hot Pot dan Bibimbap..

Pilihan Light Bites – Korean Soy Sauce Drummets, Hot & Spicy Drummets, Deep Fried Salmon Belly, Teobokki, Deep Fried Yuba, Kimgaru Rice, Plain Rice, Deep Fried Mandu, Seafood Pancake & 3 in 1 Namul (Kimchi, 
Japanese Cucumber Pickles, kimchi, sigeumchi (spinach)

Yang sebelah tu Ginseng Chicken. 

Pilihan untuk Army Stew (Basic, Seafood & Beef)
Hot Plate – Marinated Sliced Beef, Marinated Sliced Chicken & Stir Fried Squid (3 jenis ni saja yang available buat masa ni) yang lain-lain dalam gambar tu not available for the time being ya.

Caj sebanyak RM2 per piece akan dikenankan sekiranya korang nak top up cheese dalam mana-mana menu seperti Army Stew, Hot Pot, Hot Plate, Hot & Spicy Drummets & Tteobokki. Harga-harga menu lain tu pepandai la korang tengok dalam gambar tu ya.

Awak ingat makanan dah ada depan mata awak boleh makan terus ke Eqa? hahaha. Wefie tu selepas makan hati tengok Ummi snap gambar makanan hehe.

Air pilihan Ummi Iced Lime Tea.. opppsssss.. air pilihan Eqa Iced Peach & Mango Tea.

Inilah set Hot Value Meals pilihan kami. Ummi pilihan Bulgogi Bap, Mini Tteobokki dan Iced Lime Tea. Eqa pula pilih menu sama Bulgogi Bap, Mini Tteobokki dan Iced Peach & Mango Tea. 

Bulgogi Bap.. super delicious! Portion besar senak perut Ummi nak habiskan hehe. Serius sedap ya ampun. Meleleh air liur tengok gambar ni. Hmmmmm.. nak lagi! Eh kalau tahu kan, baik sorang ambil Hot Pot sorang ambil Bibimbap kan. 

Nak makan bibimbap jangan lupa bubuh Gochujang (Korean Chilli Paste).

Ini dia rupa Spicy Gochujang.. sedap!

Dah siap gaul dah dengan gochujang. Baru ada ummmppphhhh!!

Mini Teokbokki.. what more can I say.. sedap uii. Walau ada dua ketul je. Itu pun dah cukup-cukup kenyang.

Ummi kan sejenis tamak.. arwah mak kata dulu “ko ni lapar mata” hahaha. Order juga dua menu light bites..  Hot & Spicy Drummet (3 pcs) dan jugaaaa..

.. 3 in 1 Namul yang ada Japanese Cucumber Pickles, Kimchi dan Sigeumchi (Spinach). Haaaaa puas la hati dapat extra kimchi.

Sebelum makan posing dulu. Senyum tu tanda puas hati dapat paksa makcik sorang tu ke sini. Minggu ni kalau Geng Jumaat nak ajak lagi pun Ummi rela haha. Subhanallah.. astaghfirullahalazim..

Friday’s Lunch – Seoul Garden Hot Pot Angsana Johor Bahru Mall

Thanks Eqa.. sudi melayan tekak iols. Ko punya posing kannnnn haha. Eqa pun kata sedap hehehe.

Ada juga TAKEAWAY SETS for tenants and students pada harga RM10.90 (+ RM2 for weekdays lunch dine in). Ada lagi satu bunting tu Ummi tak snap pulak HEALTHY BOWL.. weekdays special. Nantilah kalau ke sana lagi Ummi snap.. ehhhhh dah nampak dah hint nak repeat tu ekekeke.

Overall, memang sedap, berbaloi dan puas hati. Kalau korang tak ada geng nak menjamu selera korang boleh book time Ummi ekeke. Korean food punya pasal tetiba Ummi jadi sihat segar bugar hehe. Untuk korang yang sukakan makanan Korea, bolehlah mencuba di sini ya. Cawangan lain korang boleh terjah di Paradigm Mall. Ummi tak pernah jejak kaki lagi ke Pardigm Mall hahaha sedih!

? Level 2, Angsana Johor Bahru Mall
⏰ 10.00 Pagi – 10.00 Malam
Website: www.seoulgarden.com.my
Email: info@seoulgarden.com.my

p/s Kalau Babah baca ni.. harap-harap dia simpati kalau Ummi nak ajak hirup kuah Hot Pot minggu ni.. ehhhhhh~ :p

Baca juga: Friday’s Lunch – Ber”Hot Pot” Lagi di Seoul Garden Hot Pot Angsana Mall JB

Loading

Related Posts

11 thoughts on “Friday’s Lunch – Seoul Garden Hot Pot Angsana Johor Bahru Mall

  1. Nak seru Geng anak katak laaa pi situ hahahaha..
    Ajomm lee kita berjemaah sekali..slurppppp

  2. Amboi.. Lama2 muka Aunty Korea terus.. So far tak pnah lagi try bibimbap ke apa nama ni. Tapi hari ni dah ter order food deli korean food, sedap la.. Yg gaul2 mcm ni tak pnah try lagi. Nanti nak ajak mak katak

  3. kenapa aku yang rasa nak menjejes air lior ni..jom la nak join jugak dengan anak katak yang lain…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!