Geng Jumaat

Friday’s Lunch – Halal Korean Food Lagi dan Lagi

Assalamualaikum..

Peram cerita tu memang best! hahaha. Kalau nak lagi best setahun dua. Tapi kalau nak biasa-biasa cukuplah dalam dua tiga minggu je ekekeke. Cerita makan-makan di hari Jumaat bersama Geng Jumaat.

Oleh kerana dah lama tak pekena lunch box Halal Korean Food dari Halmeoni Kitchen, jadi Ummi telah menghasut Geng Jumaat untuk makan menu yang sama hahaha. Jarang tak berjaya menghasut. Biasanya berjaya je hehehe.

Ini set lunch box Ummi yang punya.

Zoom in bagi air liur sendiri meleleh.

Perangai Ummi memang tak sah la tak tambah order kimchi sebotol ni hehe. Tak cukup uii kimchi yang dalam lunch box tu hehe. Lagi pun memang stok kimchi kat rumah dah habis.

Sebelum makan wefie dulu ok. Jangan ditegur muka Ummi yang kembang semangkuk. Hati senang Babah bagi cukup makan hahaha.  Hakikatnya berat badan ada turun sikit buat masa ni. Ehhhh.. Ummi yang makan awak yang tercekik dah kenapa hahaha.

Nahhhh jom tengok time lapse kami tengah menjamu selera. Bukan gelojoh ya, sila faham apa itu time lapse hehe. Betul-betul mengubat kerinduan pada air tangan Puan Leen ni. Ummi sebenarnya order 2 box, satu lagi untuk dinner hahaha. Tak lama lagi taukey Halmeoni Kitchen nak mengupgrade ilmu korean food nun di Korea. Makin bertambah la menu-menu sedap tak lama lagi. Bilalah Halmeoni Kitchen nak buka cafe ni. Konfem jiran datang hari-hari hehe.

Lepas makan memasing ehhhh.. berat biji mata. Nak cukupkan time rehatsampai 2.30pm marilah kita sama-sama merehatkan diri dan mata sebelum berjuang di work station masing-masing sehingga jam 5.30pm.

Itu belum tidur lagi. Posing dengan bantal jirapah kesayangan Ummi dulu. Tup-tup terjaga jam dah pukul 2.20pm. Perghhhh syok wooo dapat lelap kat kerusi pun jadilah. Dapat juga recharge energy. Itu je nak bebel, lepas ni entah bila la taukey Halmeoni Kitchen nak open order ek. Tunggu dia balik Korea la jawabnya 😉

1,346 total views, 3 views today

Share this nice post:
Tagged , , , , ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

4 thoughts on “Friday’s Lunch – Halal Korean Food Lagi dan Lagi

  1. Boleh plak tekak ko telan kimchi yerk..hahahahaa Sis ko suka gak, tapi tengok masa laaa.
    Yang homemade punya x suka, suka yang ori Korea..kawwwww

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *