Family's Activity

Durian Punya Pasal!

Assalamualaikum..

Cerita semalam, boring tinggal bertiga beranak di rumah, Babah and the gang pergi memancing di Sedili jadi Ummi dan The Ilhams ikut Mama Cu dan Uncle Cu makan durian. Mula-mula nak ke port makan durian di Pekan Lama Gelang Patah, sekali tutup. Tetiba diorang ajak makan Sup Power Pak Mus di Jalan Kacang Panjang. Hoiii memang mantop sup gear box dan sup babatnya uolls. Roti canai pun sedap. Tapi sayang handphone kebengongan, gambar sup tu semua yilek. Ehhh geram betul bila ingatkan.

Lepas pekena sup gear box diorang bawa kami ke Jalan Ulu Choh, lupa la nak snap nama kebun tu. Haaaa kat sinilah kami pekena durian. Uncle Cu yang pilih, kalau harap Ummi tukang makan je hahaha. Yang ni RM13 sekilogram. Ambil 5 biji dalam 4kg, so total hangus RM60 hehehe.

Budak kecil tu entah apa hangin tak nak pulak makan durian. Abang Ilham jangan harap la nak makan. Dia suka bau je haha. Aneh-aneh je.

Hmmm.. coach.. coach.. bab melantak bagi dia..

So far memang puas hati dengan semua isi durian yang sedap ni. Seriously.. worth every penny hahaha. Itu yang sampai tahap mabuk ketum Ummi dibuatnya. Terus senoneng kepala hoii. Agaknya sup gear box, sup babat dan durian bergaduh dalam perut. Aduhaiii. Siapa suruh makan tak ingat dunia pada muka! hahaha.

Balik rumah terus ajak The Ilhams naik atas. Abang Ilham tolong picit kepala Ummi sambil pakej membebel “siapa suruh Ummi makan banyak” hahaha. Mendapat ko ceramah dari anak sulong hahaha. Dia membebel lagi.. “macamana ni Ummi tak bolehlah pergi work jauh”. Ewah-ewah kemain lagi dia. Alhamdulillah bangun pagi dah ok. Fuhhhhhh.. memang kelaut rasa malam tadi, tak tentu arah nak muntah pun ada hahaha. Moral of the story, nak makan tu beringat kak oi hehehe. Ok itu je nak cerita. Babai! Happy weekend!

Share this nice post:
Tagged ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *