The Ilhams Menziarah Pusara

22/06/2018

Assalamualaikum..

Sejak dari mula puasa, Abang Ilham memang kerap meyebut nak ajak Ummi Babah ke kubur adik Syakir. Lagi-lagi bila dia tahu yang kami akan beraya di Batu Pahat. Lagi lah kerap dia request nak jengah adik Syakir. Dia cakap.. “Ummi jomlah kita pergi kubur.. Ilham rindu dengan adik Syakir.. kesian dia nanti raya sorang-sorang”. Kasih sayang seorang abang, walaupun dia tak pernah pun bertentang mata dengan adiknya tapi dia tetap ingat yang satu ketika dulu dia adalah abang yang paling excited nak bertemu dengan adik baby yang masih dalam perut Ummi. Andainya dia ada, 27 Jun 2018 ni genap usianya 5 tahun. Tapi apakan daya, Allah sebaik-baik perancang. Ada hikmah yang Allah nak berikan pada keluarga kita.

20180614_145839

Macam biasalah Ummi awak ni, kalau dah sampai ke pusara Ilham Syakir ni memang tipulah kalau Ummi tak ada rasa sebak. Rasa tu tetap ada. Tapi bila memikirkan yang anak syurga Ummi sedang berbahagia di sana, terubat rasa rindu dan sebak di hati Ummi tu. Mudah-mudahan kita sekeluarga dikumpulkan semula di sana nanti.

Tidak dilupakan pusara bonda, nenda dan ahli keluarga lain.

20180614_145721

Pusara bonda tersayang Hajah Kasmah binti Daud. Sebelah kanannya pusara nenda Esah binti Kunuk dan kirinya pusara anakanda Muhammad Ilham Syakir bin Mohd Nazir.

20180614_150027

Pusara nenda Hajah Zaliha Hj Abd Ghani.

20180618_160626

Bila dah sampai ke Senggarang, giliran Syamil pula yang merengek nak ke kubur. Pantang lalu depan kubur dia nak ajak singgah. Sebelum balik ke Gelang Patah, sempat kami singgah ke pusara Atok Mahat dan Atok Jantan. Maafkan Syamil lutut terkeluar. Nak menziarah kubur bukan tunggu masa raya je ya kawan-kawan. Hari biasa pun boleh menziarah yang penting jangan buat benda-benda khurafat di tanah perkuburan dan jangan bersedih berlebihan.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami dan roh-roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

AL-FATIHAH

Haji Yahya bin Omar
Daud bin Abdullah
Mahat bin Jantan
Hajah Zaliha binti Abd Ghani
Esah binti Kunuk
Hajah Kasmah binti Daud
Mariam binti Daud
Muhammad Ilham Syakir bin Mohd Nazir

Kalau korang belum baca cerita kupu-kupu syurga Ummi tu, boleh klik link bawah ni ya.. 😉

Episod Kelahiran – Anak Syurga Muhammad Ilham Syakir bin Mohd Nazir {27 Jun 13}

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: