Dari Dapur Hernee Nazir

Ramadhan 2018 – Day 13

Assalamualaikum uolls..

Ini cerita menu berbuka puasa hari ke 13. Uikssss dah ketinggalan 3 hari. Cuti hari Wesak tu Ummi ajak family Ummi berbuka di rumah. Jenuh juga la Ummi uk memikir nak masak apa. Pagi beriya siap selak buku 1 Hari 1 Resipi: 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza yang dah berkurun beli tu. Siap berdiskusi dengan Babah nak pilih menu.

Sudahnya menu-menu kat bawah ni juga yang Ummi masak.

Asam pedas ikan siakap.

Sayur kobi, kacang panjang dan carrot goreng.

Tempe goreng cicah sambal kicap.

Ayam goreng.

Sambal ketuk pedas meletop. Babah nak yang versi ni. Tak nak versi ikan bilis goreng sekor-sekor.

Menu tambahan dari nenek.. ketam sambal. Kita ajak dia makan dia bawa makanan pulak.

Ikan kembung bakar sedap woiiii.

Sotong bakar pun sedap sesangat.. Memang nak minta resepi Nenek ni. TQ Nenek.

Ini Mee Goreng Mamak air tangan Mama Cu. TQ Mama Cu.

Kuih-muih Mommy Ngah yang beli.

Fruit of the day.. tembikai, epal hijau dan pear.

Alhamdulillah dapat berbuka beramai-ramai sekeluarga. Cuma Uncle Cu je tak dapat buka sama sebab dia kena kerja sampai malam. kami tolong makankan je la hehehe. Insha Allah Sabtu ni kita berbuka dengan Atok Tipah pula ya.

Share this nice post:

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

4 thoughts on “Ramadhan 2018 – Day 13

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *