Syamil Warded at Gleneagles Medini Hospital (14 – 17 Mei 2018)

21/05/2018

Yuhuu.. Assalamualaikum 😉

20180512_175828

Kalau uolls follow FB dan IG Ummi mesti uolls tahu yang last week Ummi berdua beranak Syamil berkampung di Gleneagles Medini Hospital selama 4 hari 3 malam. Woww.. macam makan angin gitu kan hehe. Ceritanya balik dari Mersing masa cuti PRU14 yang panjang tu Ummi demam dan Syamil pun batuk teruk, sampai je Gelang Patah kami terus ke klinik. Tengok tu muka sedih. Doktor bagi Syamil nebulizer sebab nafas dia agak laju dan Ummi buat demam, sakit tekak. In case Syamil bernafas laju lagi doktor suruh cepat-cepat ke klinik atau hospital.

IMG-20180513-WA0051

Esoknya tengahari Babah bawa Syamil ke klinil lagi. Dia tu aktif ke sana ke sini walaupun doktor tak bagi dia banyak aktif. Kat klinik neb lagi dan doktor bagi referal letter untuk ke hospital uhuk..uhuk. Malam tu lepas makan kami ke hospital, neb lagi dan doktor bagu dua pilihan nak stay wad terus atau tidak memandangjan Dr. Terry memang tak ada malam tu. So kami decided untuk balik dulu.

20180514_092618

Esok paginya baru kami menjengah hospital. Nampak tak orang sakit tu. Walaupun tak sihat tetap nak berangan dengan spec Babah hahaha.

20180515_010511

Lepas check up dengan Dr. Terry, maka keputusan doktor untuk monitor Syamil dalam dua tiga hari. Ok Ummi is pasrah. Maka bermulalah percutian kami dua beranak di “Hotel 5 Bintang”  celebrate birthday Ummi pun kat hospital je hehehe. Alhamdulillah kali ni tak seteruk yang lepas, cuma serangan virus dan masalah bronchopneumonia dan langsung tak demam.

_DSC0446

Ini situasi bila Babah dan Abang Ilham nak balik ke rumah waktu malam. Syamil tengah melayan perasaan sedih tu. Nak ikut Babah balik. Alahai sian.

IMG-20180516-WA0003

Senang hati bangun pagi tengok kartun sambil makan coco crunch. Biasa kaki silang panggung hahahaha.

IMG-20180516-WA0006

Dah lepas mandi sambung lagi tengok kartun. Ummi pun naik tepu duduk hospital.

_DSC0461

Boring dia jengah tingkap. Cari mana Legoland haha. Sambil tu pujuk Ummi suruh bawa dia ke Legoland. Macam biasa dia sendiri pun dah faham ayat Ummi “Adik kena doa.. doa Ummi dapat masuk Legoland free” hehehe.

_DSC0464

Hari makin mendung, sebenarnya kami menanti kunjungan doktor. Kata doktor petang Rabu tu dah boleh discharge. Ummi rasa lega la sebab esok dah puasa. Kalau masih di hospital kesian kat Babah da Abang Ilham nak bersahur dan berbuka.

Budak cenonit ni membebel je.. “Babah ni tak datang.. tak sayang Syamil la tu”

Alahai sedih no ayat tu kan.

“Babah kerja malam Babah dengan Abang datang la nanti”

Ummi dah terangkan pun muka masih tak puas hati hehehe. Dari petang bawa ke malam kami menunggu doktor. Rupanya nurse bagitahu doktor busy ada meeting doktor-doktor. Bila Dr. Terry sampai dan buat check up, dia kata tak boleh balik hari Rabu tu, discharge esok pagi sebab dia nak monitor satu malam lagi. Okbai hahaha. Ummi terus hilang mood hahaha.

Discuss dengan Mommy Ngah yang kebetulan stanby nak bawa kitorang balik. Sudahnya tukar plan, Abang Ilham tumpang tidur dan sahur kat rumah Mommy dan Babah stay kat hospital dengan Ummi takut terbabas bangun sahur hehehe. Alhamdulillah petang 1 Ramadhan baru kami selamat discharge. Next appointment 24 Mei ni. Tunggulah apa kata doktor dan bila tetapan tarikh untuk remove tonsil dan adenoid. Kalau Syamil konfem remve tonsil, ini kali kedua la pengalaman Ummi dan Babah handle anak operation tonsil. Doakan Syamil sihat selalu ya aunties and uncles.

 

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: