Sundate with The Ilhams & Zara Safiyya

19/05/2018

_DSC9657

Cerita beberapa minggu lepas, weekend kami habiskan berlima dengan Zara Safiyya. Ummi ada urusan di Angasana Mall, sebelum tu makan-makan dulu di Seoul Garden favourite makan-makan place kami anak beranak.

_DSC9655

Nampak makcik sorang ni kemain stylo mylo lagi kan hehehe. Nak dating dengan Ummi Babah kemain berspec pink bagai. Sebenarnya dia dah tersalah date tu. Ummi nak ajak dia dating masa mother’s day celebration di DoubleTree by Hilton next week nya tapi dia dah tak sabar nak jumpa Ummi. Tu yang Ummi plan dengan Mommy Zara untuk bawa dia jalan-jalan Angsana Mall.

_DSC9659

Nyumssss.. nampak tu kimchi favourite Ummi. Ya ampun sedap. Sebenarnya Ummi nak guna voucher member card Seoul Garden ni, takut lama-lama expired sayang wooo.

_DSC9661

Haisyyhhhh sabar je tengok gambar ni. Kami biasa pilih kuah tomyam. Untuk grill Ummi suka sesangat semua ayam, daging dan ikan yang dimarinate kat sini. Semuanya sedap-sedap belaka.

_DSC9662

Ini antara 3 sos pilihan Ummi.. perghhh sedap. Lepas kenyangkan perut masing-masing kami terus la meronda Angsana Mall.

_DSC9667

_DSC9668

Tengah syok meronda, sekali ternampak bayang retis hehehe. Rupanya Que Haidar ada bukak booth hari raya untuk mempromosikan Booth The Haidar.. nampaknya ada baju melayu, jubah, pakaian wanita, kanak-kanak.. korang yang nak shopping raya kat Angsana Mall boleh la singgah booth The Haidar.

_DSC9787

Ummi Babah syok pilih kurta, dorang layan boboiboy.

_DSC9829

Ronda-ronda lagi sambil berwhatsapp dengan adik manis sorang ni. Akhirnya berjaya juga Ummi cari booth dia. Banyak pilihan baju raya lelaki dan perempuan. Bolehlah korang cuci mata nanti ya.

_DSC9832

Ummi syok berbual dengan Aunty Eika, Babah hantar wakil bagi hint nak ajak balik hahahaha.

_DSC9835

_DSC9838

Sebelum balik tiga-tiga orang anak Ummi ni kena kerah bergambar hehehe. Zara je yang bagi kerjasama.. The Ilhams dah tunjuk perasaan dah tu. Kalau yang tak pernah tahu cerita pasal anak susuan Ummi, Zara Saffiya ni oleh baca entri kat bawah tu ya. Dialah rezeki dari Allah yang tak pernah kami jangkakan. Alhamdulillah.

Breastfeeding Journey} Ini Adik Lala Saya 😉

Share this nice post:

2 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: