Ramadhan Buffet 2018 – “Warisan Sajian Ibunda” Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru

_DSC9375

Syukur alhamdulillah untuk kesekian kalinya Ummi berkesempatan menghadiri Preview Buffet Ramadhan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru. Tema pada tahun ini adalah “Warisan Sajian Ibunda” yang mengetengahkan hidangan tempatan yang asli dari idea chef tempatan.

Di bawah ni Ummi sertakan alamat Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru untuk memudahkan korang yang belum pernah sampai ke sini mencari lokasinya.

BERJAYA WATERFRONT HOTEL, JOHOR BAHRU

Address:
88, Jalan Ibrahim Sultan,
Stulang Laut, 80300 Johor Bahru, Johor.

Coordinates:
1.4708° N, 103.7832° E

_DSC9284

Barisan para chef yang diketuai oleh Chef Jamaluddin, menjadi tunggak utama dalam penyediaan menu sepanjang Ramadhan.

_DSC9403

Ummi mewakili Team JDT Blogger menebual Chef Jamaluddin untuk mendapatkan maklumat tentang Buffet Ramadhan “Warisan Sajian Ibunda” ini. Chef Jamaluddin yang telah memiliki pengalaman 28 tahun dalam bidang kulinari. Menurut beliau untuk buffet Ramadhan kali ini, lebih kurang 200 sajian yang akan disediakan. Tidak akan ada menu yang sama dalam masa satu minggu. Antara menu yang menjadi “signature dishes” di sini adalah Sup Gear Box, Gulai Kawah, Ikan Jenahak Bakar, Kabsah, Nasi Bukhara dan gerai masakan tradisional.

Jom kita tengok menu-menu yang menyelerakan yang pastinya buat korang meleleh air liur 😉

_DSC9270

_DSC9276

Kambing Golek Berempah

_DSC9274

Kambing golek berempah ni sedap hoi. Blackpepper sauce pencicahnya pun sedap.

_DSC9264

Gulai Kawah antara signature dishe “Warisan Sajian Ibunda”.

_DSC9265

Satu lagi yang menjadi menu utama adalah Sup Gear Box. Serious sedap kuah supnya pekat.

_DSC9267

Sate ayam.

_DSC9268

Sate daging.

_DSC9269

_DSC9255

Paling syok, ada ketupat, lemang, serunding, rendang yang sedap.

Antara main menu yang disajikan:

_DSC9354

Nasi Minyak

_DSC9355

Singapore Fried Mee Hoon

_DSC9359

Roasted Honey Chicken

_DSC9362

Oleh kerana Ummi dapat stay semalam di sini, jadi Ummi bawa hero-hero. Bila nampak ada menu ketam ni adoiii gembira saka diorang. Ketam ni pun sedap.

_DSC9363

Daging Masak Hitam Manis.

_DSC9365

Ummi’s favourite.. Stir Fried Mussles.. sedap puas hati sebab kupangnya besar-besar tau.

_DSC9368

Udang Berempah.

_DSC9369

Lodeh Mak Lodeh.. lodeh anak pak salleh..ehhh

_DSC9373

Kailan Ikan Masin.

Selain dari menu yang dihidangkan di bahagian main entrance grand ballroom, korang jangan lupa mencuba menu yang tersedia di stall di bahagian tepi kiri dan kanan ballroom.

_DSC9306

_DSC9305_DSC9307  _DSC9308

Asam Pedas. Korang pilih je nak ikan apa. Nampak menarik kan? Rasa pun boleh tahan.

_DSC9309

Otak-otak dan pepes kegemaran The Ilhams.

_DSC9310

Pilihan ikan bakar.. ikan cencaru ada.. ikan pari ada.. you choose!

_DSC9324

_DSC9325

Ini pun Ummi’s favoourite.. mula-mula macam pelik nak masak kat mana stemaboat ni. Rupanya menu ni namanya “Seafood on Ice”. Semua makanan laut ni dah dimasak, korang hanya perlu ambil dan padankan dengan sos yang disediakan.

_DSC9339

Aneka sambal belacan, tempoyak, budu.. fuhhh menambah selera.

_DSC9340

_DSC9341

Aneka salad dan rojak.. nasi kerabu pun adoooo..

Dessert pun tak kurang sedap.. antara yang buatkan air liur meleleh..

_DSC9321

_DSC9344

_DSC9347

_DSC9350

_DSC9315

Chicken Wrap ni pun sedap tau.

_DSC9317

_DSC9320

_DSC9295

_DSC9296

Nak ala-ala kampung boleh la cuba pisang goreng, jemput-jemput dan keropok lekor.

_DSC9300

_DSC9301

_DSC9302

Aneka roti.. boleh dimakan dengan sup.

_DSC9329

_DSC9331

_DSC9332

Kuih raya pun ada tau.. dah fefeeling raya dah.

_DSC9312

_DSC9298

_DSC9297

Aneka air sejuk mahupun panas serta ABC penyejuk tekak.

_DSC9378

_DSC9385
_DSC9383

Apa yang menariknya di sini, para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan ghazal, zapin dan tarian kuda kepang sepanjang waktu berbuka puasa nanti. Best ke tak best? hehehe.

Overall memang sedap makanan yang disajikan di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru ni. Kalau korang perhatikan harga buffet kat bawah tu pun, memang agak terkejut la harga biasa RM88 untuk early bird hanya RM50 sahaja. Kiranya cheapest price in town tau. Kalau korang nak dapat harga murah boleh la booking secepat mungkin ya. Maklumat lanjut seperti di bawah.

“WARISAN SAJIAN IBUNDA” – RAMADHAN BUFFET BERJAYA WATERFRONT HOTEL JOHOR BAHRU

17 May to 13 June 2018
6.30pm – 10pm
Grand Ballroom (Level 6)

Normal price – RM88 nett per adult

Early Bird Special

RM50 nett per adult
(17 – 23 May 2018)

RM66 nett per adult
(24 May – 13 June 2018)

**confirm booking before 23 May 2018

Signature dishes – Soup Gear Box and Kambing Golek with other 200 varieties of mouth-watering authentic local dishes such as kerabu ulam kampung, otak-otak, sate, daging bakar, ikan sumbat, gulai ayam kampung, lemang, ketupat and many more.

Lively melodies of malay traditional music will be performed like Ghazal, Zapin and Kuda Kepang throughout the Ramadhan month.

For reservation or enquiries, please call 07-221 9999 ext 6316
Website: https://www.berjayahotel.com/johorbahru

Share this nice post:

13 Replies to “Ramadhan Buffet 2018 – “Warisan Sajian Ibunda” Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru”

  1. Waaaa nampak lagi .. terus lapar .. terkilan x dpt makan asam pedas tu huhuhu .. nampak sedap …

    1. ikan pari tu..aduhaiiii

  2. 200 sajian?..uih..memang best ni..nanti nak berbuka puasa kat sinilah

    1. pinor mata nak memilih

  3. Ummi…. bawa Mak Inche ke siniiiiiiiiiiiiiiiii

    1. boleh mak inche hehehe

  4. sedapnyaaaaaaaaaaaaa kak….jommmm la kita buka kat siniii

    1. jom lah ngedate..

  5. hidangan yang membuka selera. nampak semua sedap-sedap.

    1. memang sedap pun hehehe

  6. […] Cerita yang lepas, sewaktu kami menghadiri Preview Buffet Ramadhan “Warisan Sajian Ibunda” Berjaya Waterfront Johor Bahru. […]

  7. assalamualaikum hernee…sedapnya tengok menu kat sni…

    1. waalaikumussalam..memang sedap ma

Leave a Reply