Syukur alhamdulillah untuk kesekian kalinya Ummi berkesempatan menghadiri Preview Buffet Ramadhan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru. Tema pada tahun ini adalah “Warisan Sajian Ibunda” yang mengetengahkan hidangan tempatan yang asli dari idea chef tempatan.
Di bawah ni Ummi sertakan alamat Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru untuk memudahkan korang yang belum pernah sampai ke sini mencari lokasinya.
BERJAYA WATERFRONT HOTEL, JOHOR BAHRU
Address:
88, Jalan Ibrahim Sultan,
Stulang Laut, 80300 Johor Bahru, Johor.Coordinates:1.4708° N, 103.7832° E
Barisan para chef yang diketuai oleh Chef Jamaluddin, menjadi tunggak utama dalam penyediaan menu sepanjang Ramadhan.
Ummi mewakili Team JDT Blogger menebual Chef Jamaluddin untuk mendapatkan maklumat tentang Buffet Ramadhan “Warisan Sajian Ibunda” ini. Chef Jamaluddin yang telah memiliki pengalaman 28 tahun dalam bidang kulinari. Menurut beliau untuk buffet Ramadhan kali ini, lebih kurang 200 sajian yang akan disediakan. Tidak akan ada menu yang sama dalam masa satu minggu. Antara menu yang menjadi “signature dishes” di sini adalah Sup Gear Box, Gulai Kawah, Ikan Jenahak Bakar, Kabsah, Nasi Bukhara dan gerai masakan tradisional.
Jom kita tengok menu-menu yang menyelerakan yang pastinya buat korang meleleh air liur 😉
Kambing Golek Berempah
Kambing golek berempah ni sedap hoi. Blackpepper sauce pencicahnya pun sedap.
Gulai Kawah antara signature dishe “Warisan Sajian Ibunda”.
Satu lagi yang menjadi menu utama adalah Sup Gear Box. Serious sedap kuah supnya pekat.
Sate ayam.
Sate daging.
Paling syok, ada ketupat, lemang, serunding, rendang yang sedap.
Antara main menu yang disajikan:
Nasi Minyak
Singapore Fried Mee Hoon
Roasted Honey Chicken
Oleh kerana Ummi dapat stay semalam di sini, jadi Ummi bawa hero-hero. Bila nampak ada menu ketam ni adoiii gembira saka diorang. Ketam ni pun sedap.
Daging Masak Hitam Manis.
Ummi’s favourite.. Stir Fried Mussles.. sedap puas hati sebab kupangnya besar-besar tau.
Udang Berempah.
Lodeh Mak Lodeh.. lodeh anak pak salleh..ehhh
Kailan Ikan Masin.
Selain dari menu yang dihidangkan di bahagian main entrance grand ballroom, korang jangan lupa mencuba menu yang tersedia di stall di bahagian tepi kiri dan kanan ballroom.
Asam Pedas. Korang pilih je nak ikan apa. Nampak menarik kan? Rasa pun boleh tahan.
Otak-otak dan pepes kegemaran The Ilhams.
Pilihan ikan bakar.. ikan cencaru ada.. ikan pari ada.. you choose!
Ini pun Ummi’s favoourite.. mula-mula macam pelik nak masak kat mana stemaboat ni. Rupanya menu ni namanya “Seafood on Ice”. Semua makanan laut ni dah dimasak, korang hanya perlu ambil dan padankan dengan sos yang disediakan.
Aneka sambal belacan, tempoyak, budu.. fuhhh menambah selera.
Aneka salad dan rojak.. nasi kerabu pun adoooo..
Dessert pun tak kurang sedap.. antara yang buatkan air liur meleleh..
Chicken Wrap ni pun sedap tau.
Nak ala-ala kampung boleh la cuba pisang goreng, jemput-jemput dan keropok lekor.
Aneka roti.. boleh dimakan dengan sup.
Kuih raya pun ada tau.. dah fefeeling raya dah.
Aneka air sejuk mahupun panas serta ABC penyejuk tekak.
Apa yang menariknya di sini, para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan ghazal, zapin dan tarian kuda kepang sepanjang waktu berbuka puasa nanti. Best ke tak best? hehehe.
Overall memang sedap makanan yang disajikan di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru ni. Kalau korang perhatikan harga buffet kat bawah tu pun, memang agak terkejut la harga biasa RM88 untuk early bird hanya RM50 sahaja. Kiranya cheapest price in town tau. Kalau korang nak dapat harga murah boleh la booking secepat mungkin ya. Maklumat lanjut seperti di bawah.
“WARISAN SAJIAN IBUNDA” – RAMADHAN BUFFET BERJAYA WATERFRONT HOTEL JOHOR BAHRU
17 May to 13 June 2018
6.30pm – 10pm
Grand Ballroom (Level 6)
Normal price – RM88 nett per adult
Early Bird Special
RM50 nett per adult
(17 – 23 May 2018)
RM66 nett per adult
(24 May – 13 June 2018)
**confirm booking before 23 May 2018
Signature dishes – Soup Gear Box and Kambing Golek with other 200 varieties of mouth-watering authentic local dishes such as kerabu ulam kampung, otak-otak, sate, daging bakar, ikan sumbat, gulai ayam kampung, lemang, ketupat and many more.
Lively melodies of malay traditional music will be performed like Ghazal, Zapin and Kuda Kepang throughout the Ramadhan month.
For reservation or enquiries, please call 07-221 9999 ext 6316
Website: https://www.berjayahotel.com/johorbahru
Waaaa nampak lagi .. terus lapar .. terkilan x dpt makan asam pedas tu huhuhu .. nampak sedap …
ikan pari tu..aduhaiiii
200 sajian?..uih..memang best ni..nanti nak berbuka puasa kat sinilah
pinor mata nak memilih
Ummi…. bawa Mak Inche ke siniiiiiiiiiiiiiiiii
boleh mak inche hehehe
sedapnyaaaaaaaaaaaaa kak….jommmm la kita buka kat siniii
jom lah ngedate..
hidangan yang membuka selera. nampak semua sedap-sedap.
memang sedap pun hehehe
Pingback: Team JDT Blogger di Ramadhan Buffet “Warisan Sajian Ibunda” Berjaya Waterfront JB - herneenazir.com
assalamualaikum hernee…sedapnya tengok menu kat sni…
waalaikumussalam..memang sedap ma