Riadah Petang Di Sireh Park

HN Weight Loss Journey
20180322_172411

Riadah Petang Di Sireh Park | Lama nampak perap gambar hahaha. Ini cerita 22 Mac, ada la perap dalam 3 minggu haha. Babah busy memancing masa ni, Ummi, The Ilhams dan Mommy Ngah beriadah di Sireh Park. Port favourite anak beranak buat masa ni. Sebelum ke sini, budak berdua ni kata dia lapar, Ummi bawa je lah bekal ayam yellow lauk kami hari tu. Sampai je pondok kami berkelah sekejap sambil tengok orang bagi makan ikan kat tasik hehe. Ni nak jogging ke nak berkelah pun tak tahu lah. Ummi layankan je janji diorang diam tak ajak balik hehehe.20180322_174433

Ummi memang dah standby sesiap SSC. Sebab Ummi yaki budak ni tak nak jalan sendiri. Ummi memang konfiden Ummi tak boleh jogging jadi kita hiking je la ya. Bunyi hiking macam handal kahkahkah. Panjat bukit je.

20180322_174452

On your mark.. get set go!

20180322_175158

Baru nak naik bukit pertama. Walaupun tak tinggi mana, semput mak nak sambil gendong baby tua tu.

20180322_175446
20180322_175749

Ok done satu bukit hahaha. Baby tua kat belakang tu senang hati nyanyi lagu Perfect ok.

20180322_181439

Ok bukit kedua di terjah. Abang Iham muka dah penyek kepenatan haha.

20180322_181600

Masa bukit ketiga ni dia dah bebel.
“Bila nak sampai ni.. sakit hati ilham.. dah la banyak batu gergasi”
Hahaha gelak besar Ummi dengar. Batu gergasi kata dia. Adoii bukitlah bang.

20180322_181906

Dia bengkek je Ummi asyik ajak bergambar.

20180322_181920

Ok kat bukit ni dapat menikmati pemandangan lebih jelas kawasan Bukit Indah. Sekali ada suara berbunyi.

“Ehhhh.. Ummi ada JUSCO” hahaha korang bab itu korang nampak jelas ya.

Naik Basikal di Sireh Park

20180322_184200

Lepas naik bukit keempat, dah terasa kereta nun jauh di sana. The Ilhams stay tepi jalan dengan Mommy Ngah, Ummi naik O Bike ke kereta. Kisahnya bukit keempat tak sempat ditawan sebab Abang Ilham dah tak larat penat hahaha.

20180322_184215

First time naik O Bike, kena download dulu apps nya ya. Boleh cari di Google Play Store. Bila dah download, kena register dulu. Lepas tu scan QR Code untuk releasekan kunci basikal tu.

20180322_185012
20180322_185020

Sempat jek nak selfiekan hahaha. Mengayuh basikal le Ummi sekejap sampai ke parking lot. Lepas guna O Bike ni sila parking di kawasan yang disediakan dan log out dari apps ya.

Itulah cerita riadah kami anak beranak. Minggu lepas kita tak jogging, minggu ni kita selit masa sikit walaupun jadual aktiviti Ummi dah bersusun. Ecehhhh.. acah-acah busy! Okbai!

AKTIVITI TERBARU DI SIREH PARK

Food Trucks
Camping
Glamping – Canopy Villa Sireh Park
Big Screen (Untuk perlawanan bola sepak JDT)
Kayak
ATV
Spice Garden

LOKASI SIREH PARK

Info terkini aktiviti di Sireh Park >> https://www.facebook.com/sirehpark.official

Riadah Petang Di Sireh Park.

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Riadah Petang Di Sireh Park

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!