Hero Yang Meraung :p

ilham n friends

Semalam cikgu inform yang hari ni murid tahun 1 akan diberikan suntikan imunisasi. Malam tadi Ummi dah siap-siap isi form. Sambil isi form tu sambil berbual dengan Ilham. Phsyco dia sikit supaya tak takut kena injection. Sebelum tu dia dah cakap dia takut sakit. Ummi cakap tak sakit pun, macam kena gigit semut je. Buat malu je kalau nangis depan kawan-kawan. Dia diam. Dia risau lain sebenarnya. Dia tanya Ummi..

“Kismi pesan esok jangan lupa gosok gigi sebab dia nak bagi gula-gula.. takut gigi ngongak.. macamana ni Ummi.. Ilham tak nak makan gula-gula..”

Ummi kebingungan siapakah gerangan si Kismi itu? Ummi tanya dia siapa Kismi. Dia kata Kismi tu yang dengan doktor. Rupa-rupanya Kismi tu misi hahaha. Pening kepala Ummi. Asal boleh je dia hembus hahaha.

Pagi ni dah terlambat nak ke sekolah dia siap merengek lagi takut kena injection. Ummi cakap ala ok je tu nanti. Kawan-kawan ada nanti mesti Ilham ok. Sekali Mak Indo send gambar kat atas tu. Kemain meriah ya. Dari ayat awal Mak Inda, ingatkan tak nangis sebab muka ada senyum hehehe.

ilham syahmi

Rupa-rupanya dia menangis meraung macam nak rak hahaha. Ummi dapat bayangkan la rupa dan suara tu macamana hahaha. Pakkal je kat situ tak ada Ummi kalau ada konfem dia tak nak inject punya. Kata Mak Inda siap menggeliat badan. Yang kelakarnya dia siap pesan.. “Jangan cakap kat Ummi saya” hahaha. Ummi ada informer aka mamarazzi kat sekolah tu Ilham. Sekejap je info sampai kat Ummi hehehe.

Balik rumah ni tadi Ummi tanya dia kisah injection. Saja buat-buat tanya nangis ke tak walhal Ummi dah tahu dia nangis. Sekali dia jawab.

“Ilham nangis.. sakit sebab tajam.. kismi kata tajam sikit.. tapi ilham rasa tajam banyak.. macam kena gigit harimau”

Gelak besar Ummi dengar. Kemain macam kena gigit harimau kata dia. Aduhaiii Ilham la Ilham. Malam ni dia warning Ummi jangan sentuh ke tepuk ke tangan dia. Alasan sebab dia kena injection hahaha. Kemaim lagi awak. Drama habis.. ikut siapa la ni ekekeke.

Share this nice post:

8 Replies to “Hero Yang Meraung :p”

  1. Hahaha….sempat tu pesan jangan cakap kat ummi. Tergelak aunty tau…hihi

    1. hahaha..dia dah malu sendiri..ekekeke

  2. Haha kelakar pula.. mmg menghiburkanlah telatah anak2 ni kan

    1. memcam perangai hahahaha

  3. Haha… comel la ilham ni.. kismi tu nurse kot kak H..

    1. ye dilah.. kismi tu misi hahaha

  4. kahkah…..tengok muka macam abam sado..ada taman rupanya…

    1. hahaha dalam hati ada taman ni aunty eda

Leave a Reply