Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN – Menu of The Day 081017

Pagi ni puas berpusing-pusing dalam kedai sambil memikir apa nak masak. Ternampak ikan bawal emas terus rasa nak buat pais ikan. Capailah apa yang patut, daun pisang segala bagai.

Maka terhasillah Pais Ikan Bawal Emas ni. Ummi refer resepi di facebook. Nanti next entry Ummi share kan pais ikan versi Ummi Ilhams ya.

Ternampak juga sayur bendi. Ada 2 pilihan dah bila nampak bendi. Kalau tak jadi buat pais, Ummi nak masak asam rebus ikan bawal emas bubuh bendi hehehe. Tapi cita-cita nak buat pais lebig kuat, maka bendi ni Ummi tumis air je.

Gigih juga mencari ketam 6 ekor sebab ada budak tu sebelum pergi sekolah buat muka sedih nak makan ketam red. Hmmm.. ikutkan je. Esok-esok kalau Ummi dah tak berdaya nak masak nanti Ilham rindu ketam red Ummi kan. Itu je tiga lauk kami hari ni. Masak untuk sekali makan je sebab malam ni nak celebrate birthday Tok Ayah in advanced hehe.

Ok ni dia tadi assistant dapur yang sibuk kelentang kelentung kacau Ummi. Suka sangat main pan yang Cik Jah bagi tu hehe. Muncung muka tak suka Ummi snap gambar dia. Petang ni kekonon Ummi nak goreng cendawan tapi macam postponed je lah hehehe. Babai!

Share this nice post:

Comments

comments

2 thoughts on “DDHN – Menu of The Day 081017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *