DDHN – Menu of The Day 011017

DDHN – Menu of The Day 011017

Menu hari ni requested by Abang Ilham. Dari pagi dia merengek suruh Ummi masak ketam. Babah dah baik punya kawtim cakap masak ketam lain kali. Tapi Ummi yng tak sampai hati suruh juga Babah beli ketam.

Taraaaaaaaaaaa.. dah kenyang pun makan anak beranak.

Ketam sambal, tak pecah telur.. telur ketam banyak. Suka la dua-dua hero kecil bila nampak Ummi masak ketam ni. Makan la korang puas-puas. Ummi Babah dah lama hidup. Dah puas makan ketam hehehe.

Kacang panjang dan carrot goreng. Ummi je bedal sorang. Budak berdua ni bertuah la kalau nak makan kacang panjang.

Repeat pekasam ikan gelama. Adoiii jahat betul menu ni. Buat Ummi bertambah-tambah nasi. Iman setipis kulit bawang hahaha. Serious sedap. Babah pun suka tau. Memang ken beli la macam ni. Stok tinggal sekor je lagi tu.

Itu je menu kami. Malam repeat lauk yang sama. Petang ni kita belanja barang dapur dii Mydin. Ummi nak cari menu berkhasiat untuk Ummi sikit ecehhhh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

4 thoughts on “DDHN – Menu of The Day 011017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!