Minum Petang Dengan Donut Gebu Pelbagai Rupa

Dari Dapur Hernee Nazir

Minta maaf la ya anak-anak. Bab-bab tepung ni Ummi memang fail sikit. Buat donut pun tak tahu bula nak terer walaupun senang hahaha. Ummi memang tak ada acuan donut. Main bedal jek lubangkan pakai penutup botol. Tengoklah tu sedih rupa donut Ummi hahaha.

Awal-awal 3 4 ketul ok la tu buat donut bentuk tayar. Lama-lama Ummi bulatkan je terus janji adunan sama dan dengan harapan Abang Ilham boleh terima kenyataan. Sekali dah siap, dia membebel.

“Ehhh.. Ummi.. mana ada donut bulat macam ni.. donut kan ada lubang”

“Sama je rasa dia.. yang ni donut moden.. dia bulat-bulat lagi sedap” Ayat nak sedapkan hati dia.

Kalau dah namanya Ilham Syahmi. Donut pada dia adalah bentuk tayar. Sebarang inovasi tidak akan dilayan. Dia makan yang bentuk tayar je la yang bulat Syamil, Aqil dan Ariq yang makan. Syamil ok je, bagi la bentuk apa pun tak banyak cerita dia bedal je.

Ini la budaknya. Dah macam supervisor kejap ke dapur tanya bila donut nak siap. Ehhh, stress makcik kantin macam ni tau hahaha. Resepi donut Ummi follow resepi yang pernah buat dulu tapi yang ni tak ada letak meal shakes.

Resepi Donut Gebu

Oklah, kejap lagi kita nak main netball. Keluar peluh sikit. Bagi lemak terbakar. Asyik nak melekat dengan tuan dia je. Syuhhhh pergi jauh-jauh sana hehehe.

Related Posts

2 thoughts on “Minum Petang Dengan Donut Gebu Pelbagai Rupa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!