Friday’s Lunch at Sushi King, Puteri Harbour

Cerita JJCM hari Jumaat. Plan asal memang nak ke Sushi King, tapi Sushi King AEON Bukit Indah la. Oleh kerana hujan lebat, kami macam dah nak tukar plan lunch di Subway, Anjung je tapi tetiba teringatkan Sushi King, Puteri Harbour. Apa lagi berdezup la terus ke sana. Lagi pun tekak ni memang dah memanggil-manggil nak makan sushi ekeke. Alasan!

Rasa yang bertiga ni makin kembang kecuali Kak Leen hahaha. Rahsia Kak Leen slim ialah dengan mendukung Noah turun naik tangga tingkat 9 hari-hari hahaha.

Ok jom kita layan handpicked menu sementara menanti main menu sampai.

Edamamae ( Kacang soya hijau)

Premium Salmon (Salmon mentah)

Tsubukko (Telur ikan)

Salmon Skin Piri-piri (Kulir salmon goreng dengan sos pedas)

Eby Fry (Udang goreng dengan mayonis)

Chuka Lidako (Seasoned baby octopus)

Tuna Mayo

Yang korang nampak ni bukanlah hanya satu plate je kami makan. Ada yang lebih dari satu hahaha. Especially Edamamae, Chuka Lidako, Salmon Skin Piri-piri  dan Tsubukko. Haisyhhhhh lapar lagi lah tengok gambar.

Untuk main menu, kami mencuba The taste of Hokkaido. Pick any 2 dishes for RM14.

Eqa je yang pilih Fish Zangi Don (Rice with deep-fried marinated fish drizzles with spicy sauce). Eqa kata sedap.

Kami bertiga pilih Beef Jingisukan Don (Rice with oan-fries marinated beef). Ya ampun sedapnya. Tak cukup semangkuk hahaha.

Nampak bersemangat masing-masing menikmati makanan hahaha. Sampai pipi Noni pun dah macam kuih pau hahaha. Korang yang nak cuba “The Tastes of Hokkaido” boleh cepat-cepat ke Sushi King tau. Last day 30 September 2017. Dengan pembelian sebanyak RM50 dalam satu resit, korang berpeluang untuk join SUSHI KING Hokkaido Contest. Mana tahu rezeki menang dapat la jalan-jalan ke Hokkaido. Wow sangat ni. Ummi nak join ekekeke.

Sushi King Contest.jpg

SUSHI KING Hokkaido Contest [Form]

Ok korang boleh download formnya di link kat atas tu ya. Sambil makan sambil cuba nasib. Wish me luck! hehehehe.

Share this nice post:

2 Replies to “Friday’s Lunch at Sushi King, Puteri Harbour”

  1. da lama teringin nak makan sushi king ni.. tapi tak termakan lagi.. hehehe

    1. hehehe cepat try..yg taste of hokkaido tu sedap..

Leave a Reply