Resipi Sup Daging Berempah | Malam tadi setelah anak-anak tidur, Ummi kentang kentung sesorang di dapur masak sup daging berempah. Semangat nak bawa bekal hari ni haha. Baru sibuk nak masak daging korban. Babah balik dari main badminton terkejut tengok Ummi segar bugar lagi haha. Padahal kita pesan dia beli daun sup segala bagai haha.
Nahhhh.. Ummi belanja Sup Daging Berempah versi Ummi Ilhams follow resepi Eny Abdullah. TQ Eny.
Sedap. Eh terpuji diri sendiri pula. Sila jangan muntah hijau ya Yap. Orang Johor makan sup mesti nak bubuh sambal kicap. Jadi siap semangkuk sambal kicap pedas meletop kebabooo Ummi buat. Babah bawa bekal semangkuk sup ke office.
Resepi Sup Daging Berempah
Credit resepi: http://www.enyabdullah.com/2015/07/sup-daging-berempah.html
Bahan :
600gm daging
4 biji kentang – dipotong baji (wedges)
2 batang lobak merah – dipotong tebal
1 biji bawang besar – dibelah 8
Sedikit daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Air secukupnya
3 sudu besar rempah sup
1 sudu kecil lada hitam biji – di pecahkan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
3 sudu besar minyak masak
Bahan tumis :
1 batang kulit kayu manis
3 cengkih
2 biji biji pelaga
1 bunga lawang
bahan kisar
1 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia
Cara :
Campurkan bahan kisar bersama rempah sup, serbuk ketumbar dan sedikit air. Kacau sebati.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis. Masukkan campuran bahan kisar dan rempah sup. Tumis sehingga naik minyak dan wangi.
Masukkan daging dan bahan-bahan lain kecuali kentang dan lobak merah. Reneh sehingga daging betul betul lembut dan empuk (lerai).
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak merah. Sebelum tutup api tabur sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng kedalam periuk.
Ummi kerah Yap sponsor roti sebungkus hahaha. Maka breakfast and lunch kami makan roti cicah sup daging. Lemak harus dikongsi bersama ya.
Ada lagi 2 bungkus daging, satu bungkus plan masak bulgogi tak kesampaian lagi. Sebungkus lagi marilah kita fikir untuk apa. Diet postponed lagi kahkahkah.
Jom like page HERNEENAZIRDOTCOM