Menu Berpantang #5

Koleksi menu berpantang ni buat rujukan akan datang dan orang-orang yang memerlukan.

Hari ni dengan penuh kesopanan dan kesusilaan Ummi turun dapur. Menu heri-hero macam entri yang lepas. Menu Ummi macam gambar kat bawah nun.

Ikan siakap grill dan crunchy garlic. Asyik la siakap je eh hahaha. Dah itu yang Babah beli. Jadi kita bedal jek la hidup jangan cerewet sangat makan je hehe.

Ikan Siakap Grill

Ikan siakap dilumur dan perap dengan bawang putih dan lada hitam yang ditumbuk halus. Tambahkan garam sikit dan grill. Jangan lupa cicah air asam.

Tengok kawan STB Dr.Atie buat crunchy garlic. Eh rasa nak mencuba juga hehehe.

Crunchy Garlic

5 ulas bawang putih dipotong mayang dan digoreng hingga kekuningan. Siap!

Ambil nasi panas makan berlaukkan dua lauk di atas. Sedap! Alhamdulillah kenyang. Banyak khasiat bawang putih ni. Nak lagi bagus ratah je mentah-mentah tu. Syamil sibuk nak rasa crunchy garlic Ummi. Sekali Ummi bagi haaa berkerut muka nak kunyah hahaha. Tak sedap kata dia. Bertuah punya anak.

Ok, tengah fikir esok nak bawa bekal apa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
Posts created 4647

6 thoughts on “Menu Berpantang #5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!