Yesss! Bebas Hutang PTPTN

Alhamdulillah dah dapat surat kelulusan permohonan pengeluaran dari KWSP. Fuhhh lega yang amat. Maka selesailah hutang piutang Ummi dengan PTPTN. Nasiblah ada potongan KWSP bulanan kalau tak masih gigih membayar hutang PTPTN. Dah namanya meminjam wajiblah bayarkan. Nak merungut pun tak guna haha.

Korang yang cukup syarat nak membayar hutang pinjaman PTPTN dengan duit KWSP (Akaun 2) cepat-cepat bertindak selagi masih ada diskaun 15% untuk bayaran penuh. Ok, marilah fokus untuk menabung untuk pendidikan anak-anak pula ya.

TQ PTPTN.. TQ KWSP..

Boleh baca entry di bawah untuk Cara Membuat Bayaran PTPTN Melaui e-Pengeluaran KWSP (Akaun 2)

Share this nice post:

8 Replies to “Yesss! Bebas Hutang PTPTN”

  1. Syabas! Bukan senang org nak selesaikan hutang PTPTN ni. Inilah antara kebaikan2 mencarum dlm KWSP, kan? Alhamdulillah….

    1. thanks..tu lah..gunakan je la akaun 2 tu kan..belum tentu dapat merasa akan datang..mana tahu ajal menjemput awal..sekurang2nya satu bebanan hutang dah langsai

      1. Betul tu….bestnya, muda2 lg dah dpt langsai hutang. Kalau ada masa, join GA akak ya, blh dpt shopping kredit utk beli brg. 😀

        1. ok kak nanti kita jengah blog akak ya..memang suka je join GA.. hehehe

  2. 10% je kak diskaun

    1. eh full payment bukan 15% ke? akak kira hutang 10k++.. byr pd ptptn 8.5k++

      1. oh yeke..saya la salah ek..huhu padahal baru je selesai full bulan 4 aritu..

        1. hahaha entah la ke akak yang salah ekekeke

Leave a Reply