Cara Membuat Bayaran PTPTN Melalui e-Pengeluaran KWSP (Akaun 2)

Info Sharing

Cara Membuat Bayaran PTPTN Melalui e-Pengeluaran KWSP (Akaun 2) | Mesti korang semua dah sedia maklum tentang berita terkini KWSP bagi peluang peminjam PTPTN untuk melunaskan hutang PTPTN dengan KWSP (Akaun 2) tanpa mengira tahun belajar. Boleh baca entrinya DI SINI. Alhamdulillah Ummi Ilhams dah settle misi membuat bayaran PTPTN melalui e-Pengeluaran KWSP (Akaun 2). Sebelum ni Ummi dah lunaskan hutang untuk pinjaman Degree melalui kaunter bila dapat tahu boleh guna online wahhh lagi mudah. Oleh kerana masa tu syaratnya hanya untuk tahun 2001 ke atas maka pinjaman Degree je la yang lepas dan Ummi masih gigih membuat bayaran ansuran bulanan untuk Diploma. Syukurlah sekarang dah tak mengira tahun, marilah kita mencuba nasib. Meh Ummi kongsikan walaupun korang semua dah tahu caranya hehehehe.

Cara Membuat Bayaran PTPTN Melalui e-Pengeluaran KWSP (Akaun 2)

Daftar i-Akaun KWSP

Untuk membuat e-Pengeluaran sila pastikan korang dah daftar i-Akaun KWSP.

Caranya mudah saja, silalah berkunjung ke pejabat atau kiosk KWSP. Daftar i-Akaun dengan menggunakan kad pengenalan. Selepas mendaftar, anda akan diberi kod pengaktifan yang sah untuk digunapakai dalam tempoh 30 hari.

bayar ptptn online dengan kwsp1

Selepas mendapat kod pengaktifan, sila buka laman web KWSP (http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/home) dan klik pada Log-in Ahli. Pastikan maklumat anda adalah betul.

  1. Seterusnya, klik di bahagian PENGELUARAN.
bayar ptptn online dengan kwsp2

  1. Klik pada PERMOHONAN BARU.
bayar ptptn online dengan kwsp3

LANGKAH 1 (Permohonan Pengeluaran Baru).

Anda akan nampak paparan untuk LANGKAH 1 (Permohonan Pengeluaran Baru). Isikan butiran yang diminta dan klik SETERUSNYA.

    bayar ptptn online dengan kwsp4
    1. Sila baca terma & syarat. Kemudian klik TERIMA atau TIDAK.
    bayar ptptn online dengan kwsp5

    Terma & Syarat Membuat Bayaran PTPTN Melalui e-Pengeluaran KWSP (Akaun 2)


    1. Pelajar telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menyertai e-Pengeluaran.
    2. Peringkat pengajian yang dibenarkan adalah peringkat Diploma (termasuk Diploma Eksekutif), Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang setara dengannya.
    3. Yuran pengajian dibiayai sendiri atau ada pinjaman/tajaan sebahagian.
    4. Jumlah maksima yuran pengajian yang layak dipohon ialah satu tahun pengajian akademik (tertakluk kepada baki Akaun 2).
    5. Umur pemohon belum mencapai 55 tahun.
    6. Mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2.
    7. Kelulusan permohonan tertakluk kepada maklumbalas dan pengesahan daripada IPT.
    8. Pengesahan cap ibu jari pemohon perlu dilakukan di kaunter KWSP/kaunter IPT (jika berkaitan) bagi tujuan pembayaran.
    9. Transaksi bayaran pengeluaran dibuat secara Pengkreditan Terus.
    10. Permohonan memenuhi Syarat & Terma Pengeluaran.

    LANGKAH 2 (Maklumat Ahli dan Amaun Kelayakan)

    Setelah anda klik TERIMA, skrin akan memaparkan LANGKAH 2 (Maklumat Ahli dan Amaun Kelayakan). Masukkan maklumat yang diperlukan.

    bayar ptptn online dengan kwsp6

    LANGKAH 3 (Ringkasan Permohonan Pengeluaran)

    Seterusnya ke paparan LANGKAH 3 (Ringkasan Permohonan Pengeluaran). Periksa maklumat peribadi anda dan pastikan ianya betul.

    bayar ptptn online dengan kwsp7
    bayar ptptn online dengan kwsp8

    Hubungi PTPTN Untuk Membuat Bayaran PTPTN Melalui e-Pengeluaran KWSP (Akaun 2)

    Sila hubungi PTPTN untuk mendapatkan No. Rujukan Pelajar. Bagi ruang amaun kelayakan, ianya berdasarkan jumlah terkini akaun 2 KWSP anda. Sila pastikan amaun mencukupi dengan baki pinjaman yang ingin dibuat. Bagi amaun yang dipohon anda boleh membuat semakan secara online Penyata PTPTN . Masukkan jumlah baki terkini pinjaman PTPTN anda diruangan tersebut. Sekiranya semua maklumat yang diberikan telah lengkap dan betul, sila klik Hantar.

    bayar ptptn online dengan kwsp9
    1. Seterusnya akan keluar paparan seperti berikut:
    1. Saya mengesahkan semua maklumat yang diberikan bagi permohonan ini adalah benar dan betul.
    2. Saya memahami sekiranya saya membuat apa-apa kenyataan yang tidak benar atau tidak betul atau mengemukakan atau memberikan apa-apa dokumen palsu, ia merupakan suatu kesalahan dan boleh menyebabkan saya didenda atau dipenjara atau kedua-duanya.
    3. Saya memahami bahawa amaun yang akan diterima dari kwsp adalah tertakluk kepada amaun kelayakan pemohon bagi permohonan ini dan jumlah amaun yang ada di dalam akaun 2.
    4. Saya memahami sekiranya amaun pengeluaran ini tidak digunakan untuk tujuan pengeluaran tersebut, ia perlu dikembalikan kepada kwsp dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh pengeluaran.
    5. Saya dengan ini mengesahkan pemohon telah memberi kebenaran kepada institusi pengajiaan tinggi untuk memperolehi apa-apa maklumat berkaitan dengan pengeluaran ini.
    6. Saya memahami kelulusan dan bayaran permohonan ini tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran yang ditetapkan dan keputusan pengesahan Cap Ibu Jari pemohon yang dibuat di kaunter KWSP / premis Institusi Pemberi Pinjaman.

    Sila klik SETUJU sekiranya anda bersetuju dengan kenyataan diberikan.

    1. Akhir sekali, skrin akan memaparkan LANGKAH 4 (Pengesahan Permohonan Pengeluaran) seperti di bawah.
    bayar ptptn online dengan kwsp10

    Terima kasih kerana menggunakan kemudahan e-Pengeluaran.

    Permohonan telah dihantar ke Institusi Pembiayaan untuk tujuan pengesahan maklumat pinjaman. Pendaftaran tertakluk kepada maklum balas Institusi Pembiayaan.

    Dalam masa 2 minggu pihak KWSP akan menghubungi anda melalui SMS. Sila hadirkan diri ke cawangan KWSP terdekat dengan membawa dokumen yang diperlukan.

    Dokumen yang diperlukan (Dokumen asal dan Salinan atau salinan yang disahkan oleh Pegawai yang diiktiraf oleh KWSP).

    – SALINAN SIJIL ATAU TRANSKRIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTA AKHIR PERINGKAT DIPLOMA/ IJAZAH SARJANA MUDA/ MASTER/ PHD

    – KAD PELAJAR DAN KEPUTUSAN SEMESTER/ TAHUN LEPAS

    – SURAT PERTUKARAN NAMA KURSUS (JIKA BERKAITAN)

    Senarai dokumen di atas adalah berdasarkan Perakuan Pemohon. KWSP berhak meminta dokumen lain (jika perlu). Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada Senarai Semak Dokumen di laman web KWSP.

    Itu saja Cara Membuat Bayaran PTPTN Melalui e-Pengeluaran KWSP (Akaun 2) yang Ummi dapat kongsikan. Sekiranya ada kekurangan harap tuliskan di ruangan komen ya supaya dapat diperbetulkan. Doakan permohonan Ummi berjaya ya. Untuk kawan-kawan yang memenuhi syarat-syarat apa tunggu lagi, jom langsaikan hutang PTPTN secepat mungkin hehehe.

    Loading

    Related Posts

    4 thoughts on “Cara Membuat Bayaran PTPTN Melalui e-Pengeluaran KWSP (Akaun 2)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    error: Content is protected !!