Surat Penyelesaian Hutang (SPH) Pinjaman Pendidikan PTPTN

Ummi nak kongsikan pada korang, Surat Penyelesaian Hutang (SPH) Pinjaman Pendidikan PTPTN yang Ummi baru saja terima melalui e-mail semalam.

Surat Penyelesaian Hutang (SPH) Pinjaman Pendidikan PTPTN

Suratnya seperti di atas. Surat ini korang akan hanya dapat bila segala proses pembayaran PTPTN melalui KWSP (Akaun 2) dah selesai. Ianya adalah surat pengesahan yang korang memang dah langsaikan hutang PTPTN. Sementara menunggu surat ni, korang boleh buat semakan online atau call sendiri PTPTN. Macam Ummi, Ummi call PTPTN dan buat semakan online untuk check baki pinjaman. Fuhhhh lega dah hati bila terima surat ni walaupun dah tahu memang semuanya dah settled.

Untuk korang yang masih belum menjelaskan bayaran PTPTN, boleh la usahakan untuk membuat bayaran melalui KWSP ya. Supaya kelak korang tak di senarai hitamkan di Jabtan Imigresen, CCRIS dan lain-lain.

Memang rasa lega sesangat tau bila dah selesai semua hutang piutang masa study. Dulu Ummi terfikir, sampai bilalah nak selesai hutang PTPTN ni. Entah-entah sampai Ummi dah beranak pinak lepas tu anak pulak sambung belajar emak pun tak habis lagi hutangnya. Alhamdulillah Allah permudahkan, dapat rezeki kerja yang menjamin masa depan dengan adanya potongan KWSP. Dah dapat kerja, syukur masih boleh bayar PTPTN setiap bulan beransur sedikit demi sedikit. Akhirnya Ummi buat keputusan untuk cuba buat pembayaran melalui Akaun 2 KWSP. Fuhhhh masa nak tunggu kelulusan tu memang berdebar-debar jugalah. Gigihkan diri ke KWSP Johor Bahru untuk uruskan borang-borang yang perlu diisi. Alhamdulillah berkat sokongan dan bantuan Babah semuanya berjalan lancar. Ummi bebas hutang PTPTN yeay!

Ok, korang boleh rujuk post Ummi yang lepas untuk membuat bayaran melalui KWSP. Semoga bermanfaat ya.

Surat Penyelesaian Hutang (SPH) Pinjaman Pendidikan PTPTN

Cara Membuat Bayaran PTPTN Melalui e-Pengeluaran KWSP (Akaun 2)


Selesai Urusan Bayaran PTPTN Di KWSP


Yesss! Bebas Hutang PTPTN

Semak bagi pinjaman PTPTN secara online

Cara menyemak senarai CCRIS

CCRIS Self Check Online – Check Your CCRIS Status Now‎

 1,953 total views,  3 views today

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!