Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN – Bubur Nasi Untuk Dinner

Jengah instagram tadi, ternampak Yap post gambar bubur nasi. Terus rasa membuak-buak nak makan bubur nasi haha.

Jadi malam ni gigih kita masak bubur nasi berserta empat jenis lauk ala-ala Bubur Nasi Istimewa No. 1 Sentosa. Cehhh tak nak kalah ekeke.

Lauk yang sempat Ummi masak, kangkung goreng belacan, telur masin, sambal belacan goreng dan ikan bilis, bawang, telur hancur, jeruk lobak di goreng berkicap.

Alhamdulillah, kenyang dan menyelerakan. Eh terpuji masakan sendiri pula hehe. Ada saki baki lagi tu, boleh repeat kalau lapar semula.

Ok nampaknya hari ni Ummi asyik cerita pasal makan je kan. Nampak sangat duduk rumah asyik kerja makan. Jumpa lagi entry esok. Babai!

Share this nice post:

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *