Dinner at Restoran Barami Seafood Taman Nusantara

Dinner at Restoran Barami Seafood Taman Nusantara

Cerita malam tadi. Dari minggu lepas Ilham kata nak makan tomyam kat Barami Seafood, tapi Ummi kata tunggulah Ummi Babah gaji. Dia ok je.

20170725_220149-01.jpeg

So malam tadi kami dinner di Restoran Barami Seafood. Ini satu-satunya restoran kegemaran Ilham. Dia suka sangat tomyam kat sini sampai susah nak hadam tomyam kedai lain. Kalau makan kat sini konfem nasi dia licin siap bertambah-tambah.

20170725_210635-01.jpeg

Kesian Syamil, boring je sebab abang tak nak kawan dia hahaha.

20170725_210930-01

Air untuk empat beranak. Air suam Babah, teh o ais abang, laici Ummi dan bekalan air untuk Syamil. Kemurungan Ummi hoi kalau botol air diorang tertinggal hahaha.

20170725_212507-01

Tomyam seafood. Part budak berdua ni paling suka tu ha bila ada ketam. Memang favourite diorang la. Suka betul makan ketam.

20170725_212841-01

Menu seterusnya ikan pari bakar.

20170725_213354-01

Favourite Ummi dan Babah, kerabu mangga. Ya ampunnnn sedap. Memang tak sah makan kat sini kalau tak order kerabu mangga. Dah ada kerabu mangga Ummi tak order la sayur lain. Telur dadar pun Ummi cancel sebab macam dah banyak sangat lauk hahaha. Ohhh gambar sambal belacan dan timun lupa nak snap. Alhamdulillah kenyang anak beranak. Sebenarnya Ummi yang nak belanja sekali Babah pulak yang bayar hehehe.

Korang kalau nak makan kerabu mangga sedap area Gelang Patah boleh la cuba kat Restoran Barami Seafood ni. Taukey dia dah cam dah muka kitorang anak beranak ni. Waiter pun dah boleh ingat agaknya apa yang kitorang order ekeke.

Ok, selamat mencuba eh hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 thoughts on “Dinner at Restoran Barami Seafood Taman Nusantara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: